Laman Utama Berita Terkini Perubahan Iklim PARAS AIR LAUT MUNGKIN NAIK 1.6 METER MENJELANG TAHUN 2100
PARAS AIR LAUT MUNGKIN NAIK 1.6 METER MENJELANG TAHUN 2100 PDF Print E-mail
Written by Foon Weng Lian   
Friday, 13 May 2011 10:05

Satu laporan antarabangsa telah melaporkan pemanasan yang pesat di kawasan Artik seperti kecairan ais di Greenland mungkin akan menaikkan paras laut dunia setinggi 1.6 meter menjelang tahun 2100

Kenaikan itu yang telah jauh melepasi ramalan awal pakar-pakar sains, akan menambahkan lagi ancaman kepada kawasan pesisiran pantai dari Bangladesh ke Florida di Amerika Syarikat, pulau-pulau di Lautan Pasifik dan bandar-bandar besar dari London ke Shanghai. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kos untuk membina dinding halangan tsunami di Japan.  

Program Pemantauan dan Penilaian Artik (AMAP) yang berletak di Oslo mengatakan bahawa enam tahun yang lalu (hingga tahun 2010), merupakan tahun-tahun yang paling panas pernah dicatatkan di Artik. Ini disokong oleh negara-negara lain di sekitar kawasan Artik.

Menjelang tahun 2100, paras laut sedunia diramal meningkat sebanyak 0.9 meter hingga 1.6 meter. Begitu juga dengan kehilangan ais daripada glasier Artik, litupan ais dan ais di Greenland yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan paras laut ini. Unjuran tersebut dibuat mengikut paras laut bermula tahun 1990.   

Glasier Artik, litupan ais dan ais di Greenland akan menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah kenaikan paras laut dunia di sekitar 3 mm setahun antara tahun 2003 dan 2008.

Menteri Luar daripada negara-negara di sekitar kawasan Artik iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Kanada, Sweden, Finland, Denmark, Norway dan Iceland akan bertemu di Greenland pada 12 Mei untuk membincangkan isu ini. Kadar pemanasan yang berlaku di Artik adalah dua kali ganda daripada purata kadar pemanasan dunia.  

Laporan yang diterbitkan oleh Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC) pada tahun 2007 meramalkan paras laut dunia akan naik di antara 18 hingga 59 cm menjelang tahun 2100. Namun, angka tersebut tidak meliputi kecairan di kawasan kutub Utara dan Selatan.   

Menurut Connie Hedegaard daripada Suruhanjaya Iklim Eropah, hasil laporan ini adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan kenaikan paras laut yang adalah lebih tinggi berbanding ramalan yang lalu. Selain itu, beliau juga berkata ini merupakan satu peringatan tentang peri pentingnya untuk isu perubahan iklim ini diatasi dan ia tidak boleh ditangguhkan lagi.  

Perbincangan iklim di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berlangsung dengan amat perlahan dan tidak produktif. PBB mengatakan bahawa perjanjian-perjanjian negara-negara untuk merendahkan pelepasan gas rumah hijau adalah tidak mencukupi.  

Hasil kajian AMAP yang melibatkan beberapa ratus pakar sains, menunjukkan bahawa terdapatnya tanda-tanda bahawa pemanasan sedang berlaku dengan pesat. Ia juga berkata bahawa Lautan Artik berkemungkinan tidak mempunyai sebarang ais pada musim panas dalam 30 hingga 40 tahun yang akan datang, sebagaimana yang diramalkan dalam laporan IPCC.

Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.