Laman Utama Berita Terkini Perubahan Iklim SEJAUHMANAKAH SERIUSNYA KEBIMBANGAN TENTANG MASALAH ALAM SEKITAR DI SABAH?
SEJAUHMANAKAH SERIUSNYA KEBIMBANGAN TENTANG MASALAH ALAM SEKITAR DI SABAH? PDF Print E-mail
Written by Foon Weng Lian   
Sunday, 20 October 2013 09:43

Hampir setahun yang lalu, pihak berkuasa negeri mendedahkan bahawa mereka telah mendakwa lima pengusaha kilang kelapa sawit daripada 124 pengusaha yang beroperasi di Lembangan Sungai Kinabatangan ke mahkamah sejak 2010. 

Lima kilang tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM75,000 setiap satu bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 termasuk melepaskan sisa kumbahan melebihi had yang dibenarkan, melanggar peraturan takungan air buangan dan resapan tanah.

Walau bagaimanapun, keracunan sungai-sungai di negeri ini terus berlaku. Insiden terbaru melibatkan sekumpulan pelancong asing menyaksikan lapisan atau tumpahan minyak yang terapung mengalir melalui mereka  semasa ekspedisi mengesan hidupan liar di salah sebuah anak sungai Kinabatangan. Perkara yang berlaku di luar jangkaan ini telah menyebabkan gambar lapisan minyak tersebut telah dimuat naik ke laman sesawang oleh pelancong asing tersebut.


Tumpahan minyak yang besar itu adalah di kawasan yang pengusaha kilang sebelum ini telah didakwa, didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah.

Hakikatnya, penduduk setempat memang menyedari bahawa alam sekitar di Sabah masih pada tahap yang  masalah serius walaupun pihak berkuasa telah melakukan kerja mereka dengan sedaya upaya.

Kekurangan tindakan penguatkuasaan telah membawa kepada beberapa persoalan yang jika terdapatnya hubungan di antara penyebab masalah dan mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang.


"Insiden-insiden ini pasti menjejaskan imej Sabah sebagai tempat ekopelancongan di dunia, tetapi adakah terdapat pihak yang melakukan sesuatu terhadap perkara ini?" Kata seorang aktivis alam sekitar tempatan.

Perniagaan sebelum pemuliharaan
Daerah Kinabatangan mempunyai 660.500 hektar tanah, dan hampir separuh daripada itu - 345,000 hektar - telah ditukar kepada ladang-ladang kelapa sawit yang menyumbang kepada hampir RM2 bilion pendapatan setahun.

Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai terbesar dan terpanjang di Sabah, merangkumi kepanjangan hampir 560km dengan kawasan tadahan kira-kira 16,800 km² yang meliputi hampir 23% daripada jumlah keluasan tanah di Sabah.

Dianggap sebagai koridor kehidupan, kawasan Kinabatangan dikenal pasti sebagai rumah kepada lebih daripada 250 spesies burung, 50 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 1,056 spesies tumbuhan dan beberapa kawasan pemuliharaan yang terkenal di dunia seperti Kinabatangan Bawah – Segama Wetlands yang merupakan salah satu Tapak Ramsar.

Kini, ia merupakan tapak kepada 32 tempat pemprosesan kelapa sawit, dan melepaskan sisa-sisa buangan yang ke dalam sungai selepas rawatan dijalankan mengikuti undang-undang Jabatan Alam Sekitar. Namun, mengikut sumber, beberapa syarikat pemprosesan tersebut tidak mematuhi peraturan tersebut dan melepaskan sisa kumbahan terus ke dalam sungai.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa ramai pemilik tapak tersebut membangunkan kawasan itu sehingga ke tebing sungai. Ini adalah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Aktivis alam sekitar berkata amalan ini menyalahi undang-undang kerana ia membenarkan aliran mudah bahan kimia berbahaya daripada baja yang digunakan di ladang-ladang ke sungai Kinabatangan apabila ia hujan dan menyebabkan kerosakan lebih teruk lagi apabila berlakunya banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mencemarkan kualiti air sungai-sungai di Sabah di bawah Enakmen Sumber Air Sabah 1998, tetapi sehingga tiada sebarang tindakan diambil.

Walaupun dalam keadaan terdapat pesalah telah didakwa dan disabitkan kesalahan serta didenda,  namun ia tidak cukup berkesan untuk menghentikan kepentingan perniagaan di sepanjang Lembangan Sungai Kinabatangan.

Pengusaha kilang yang berdegil itu beranggapan bahawa  jika mereka didakwa, hukuman yang dikenakan tidak memberikan kesan sedikit pun kepada mereka.  .

Kebenarannya adalah Kinabatangan River Basin bukan satu-satunya sungai yang menghadapi pencemaran minyak sawit di Sabah.

Sungai lebih tercemar
Pada bulan April 2008, media melaporkan kira-kira 2,000 penduduk kampung di Sook mengadu bahawa sebuah kilang kelapa sawit yang dibina di Sunggala akan mencemarkan satu-satunya sumber bekalan air mereka, iaitu Sungai Ambual.

Projek kilang kelapa sawit kini semakin berkembang berhampiran anak sungai di hulu Sungai Ambual.

Sekarang air di Sungai Ambual akan bertukar keruh apabila hujan disebabkan tanah dari tapak projek itu dihanyutkan ke dalam sungai itu.

Jurucakap penduduk Kampung Pantai Baru, Kampung Magatang dan Kampung Ambual, Garius Pukin mendakwa bahawa penduduk kampung bergantung kepada Sungai Ambual untuk air bersih serta untuk pengairan hampir 471 ekar sawah padi di Kampung Ambual dan Magatang.

Pada awal tahun ini, media melaporkan bahawa kira-kira 200 penduduk di Kampung Tiong Tulid mengadu bahawa Sungai Ongom, yang menjadi sumber bekalan air kepada mereka selama lebih satu abad, kini dicemari oleh kotoran daripada operasi kilang di hulu sungai.

Bekas Pengerusi JKKK, Ayoh Bin Surun berkata, air sungai itu kini bercampur dengan minyak dan telah bertukar menjadi hitam beberapa minggu yang lalu.

"Sejak itu rakyat tidak boleh menggunakan air sungai. Kami hanya bergantung kepada air hujan, "katanya.

Diterjemah dan diedit daripada ‘Is Sabah’s green concerns just lip service?’ oleh Marvin Augustine, Free Malaysia Today, 15 Ogos 2013.

Diterjemah oleh
Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)

 

Video Competition

"My Food Label 2017"

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.