PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

Laman Utama Berita Terkini Perubahan Iklim Langkah Penyediaan Semasa Cuaca Panas
Langkah Penyediaan Semasa Cuaca Panas PDF Print E-mail
Written by Jesselyn Pek Yen Lee   
Wednesday, 20 May 2015 10:30

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail telah berkata musim monsoon barat daya yang sedang melanda negara kita akan membawa cuaca panas dan kering yang diramalkan berlanjutan sehingga bulan September.

Cuaca yang kering dan panas di sekitar barat Semenanjung Malaysia telah menyebabkan peningkatan kegunaan air seharian seseorang individu secara tidak langsung. Terdapat beberapa kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur telah mengalami gangguna bekalan air akibat penurunan paras air ekoran permintaan yang tinggi semasa musim panas. Oleh itu, pelbagai pihak seperti NGOs dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah bercadang mengadakan catuan air di kawasan yang  berkenaan supaya setiap pengguna mendapat bekalan air secara bergilir-giliran tanpa membazirkan masa untuk menunggu lori tangki air atau menunggu tekanan air kembali pada waktu tengah malam.

 

Imbas kembali ke tahun 2014, Malaysia selalunya akan mengalami masalah jerebu semasa musim panas pada bulan Mei sehingga ke September. Mengikut statistik yang didapati di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Meterologi Singapura, bilangan titik pemanasan (hotspot) di Semenanjung Malaysia meningkat bagi akhir bulan Jun dan awal bulan Julai, manakala titik pemanasan di Sumatra meningkat mendadak dan mencapai kira-kira 130 titik pemanasan bagi awal bulan Julai. Keadaan ini akan menjadi serius jika berlaku kebakaran terbuka di kawasan-kawasan tersebut, ia mungkin akan membawa kembali masalah jerebu di Malaysia disebabkan tiupan monsoon barat daya yang sedang berlaku.

 

Langkah-langkah Penyediaan Semasa Musim Panas

Namun begitu, pelbagai persediaan awal dan langkah-langkah persediaan perlu diadakan bagi orang ramai supaya kita dapat menyediakan diri sebelum dalam musim panas ini.

  1. Kurangkan aktiviti luar bilik (outdoor activity).
  2. Menyimpan air simpanan untuk kegunaan kecemasan apabila gangguna bekalan air tidak berjadual berlaku di kawasan anda.
  3. Menutup air simpanan tersebut dengan penutup atau plastik beg supaya ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  4. Melaporkan gangguan bekalan air kepada syarikat pembekal air segera jika terdapat gangguan air atau pemecahan paip air.
  5. Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan ternyahhidrat berlaku.
  6. Menggunakan semula air seperti air daripada mesin basuh baju, mencuci sayur-sayuran dan air dari penghawa dingin untuk menyiram bunga atau flush tandas kediaman.
  7. Membasuh kereta anda hanya apabila diperlukan dan menggunakan baldi untuk mengurangkan kadar pembaziran air.

Semua rakyat perlulah bergading bahu untuk menghadapi musim panas yang telah menyebabkan kekurangan air terawat di sesuatu kawasan. Sikap penjimatan kegunaan air bagi setiap individu akan membawa impak yang positif kepada semua pihak sama ada dalam segi pengurusan air mentah atau mempunyai air terawat yang mencukupi untuk menampung semua rakyat Malaysia semasa musim panas. Bak kata pepatah “ Cegah sebelum parah” , menggunakan air secara berhemat merupakan cara untuk mengelakkan berlakunya kekurangan air pada masa depan.

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.