Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam FOMCA mahu skim insurans sukarela yang komprenhensif, menyeluruh
FOMCA mahu skim insurans sukarela yang komprenhensif, menyeluruh PDF Print E-mail
Written by Admin 3   
Thursday, 04 May 2017 09:00

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Skim insurans kesihatan sukarela yang dicadang kerajaan, perlu mengandungi kriteria-kriteria yang komprehensif dan bersifat menyeluruh sesuai dengan keperluan semasa, kata Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).

 

Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata skim insurans itu, bukan hanya sebagai alternatif kepada pengguna, malah mampu menyaingi skim-skim insurans yang ditawarkan syarikat swasta dalam memberikan perlindungan dan rawatan kesihatan.

 

"Ia satu langkah yang amat baik daripada kerajaan untuk memperkenalkan skim insurans ini memandangkan kos mendapatkan rawatan yang semakin meningkat terutama di hospital-hospital swasta.

 

"Bagaimanapun, skim itu harus menepati kehendak pengguna yang mana selain mempunyai kriteria seperti perlindungan menyeluruh dan peluang mendapatkan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit, perkara yang paling penting ialah kadar premiumnya mampu dibayar pengguna," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

 

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam, mengenai rancangan kerajaan untuk memperkenal skim insurans kesihatan sukarela pada pertengahan tahun depan sebagai alternatif perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk rakyat.

 

Subramaniam berkata skim insurans itu akan dikendalikan organisasi tidak berasaskan keuntungan di bawah kementeriannya dengan struktur skim itu sudah diluluskan Kabinet yang mana setakat ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 40 peratus.

 

Mohd Yusof juga berkata, pihaknya berharap skim insurans itu mengambil kira faktor usia pencarum dengan menawarkan perlindungan yang sesuai untuk golongan tua, terutama dengan jangkaan bahawa Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030.

 

"Pada masa ini, ramai orang tidak memiliki insurans kerana tidak sedar mengenai kepentingannya selain faktor kosnya yang disifatkan agak membebankan terutama kepada golongan tua yang mana kadar premium insurans meningkat seiring usia mereka," katanya.

 

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr John Chew Chee Ming berkata pengenalan skim insurans itu boleh menjadi satu aliran pendapatan tambahan yang boleh digunakan untuk operasi hospital kerajaan.

 

Selain daripada kos yang dikenakan perlu rendah, Chew berkata pengguna juga perlu mendapat maklumat yang betul mengenai manfaat dan perlindungan skim itu sebelum memilih skim itu.

 

"Bagaimanapun, selagi kita belum tahu mengenai butiran perlindungan dan sebagainya, sukar untuk mengetahui bagaimana skim ini dijalankan, adakah sama seperti insurans swasta yang lain," katanya.

 

-- BERNAMA

 

Sumber :- http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1352668

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.