Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam PENDIRIAN FOMCA TENTANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)
PENDIRIAN FOMCA TENTANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 26 March 2010 16:44

Pengenalan

Pada masa sekarang cukai penggunaan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan pada kadar 5% dan 10% manakala cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar 5%. Kedua-dua cukai tersebut dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan tertentu.

Cukai Jualan dikenakan di peringkat pengimportan dan pengilangan,  manakala cukai perkhidmatan dikenakan di peringkat penggunaan.


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bagi menggantikan kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Lebih daripada 140 buah negara  telah melaksanakan GST.

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan secara menyeluruh yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah bagi setiap peringkat rangkaian pengedaran.

GST dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh kerajaan.

GST mempunyai satu mekanisme yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan secara automatik. Tuntutan dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dikutip.


Kadar GST

Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.


Mengapa GST perlu Dilaksanakan?

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.

Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987.

Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada sector minyak dan gas. Keadaan ini menunjukkan sumber pendapatan negara yang agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang.

Keadaan di peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak langsung.

GST juga bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Bagaimana GST Dilaksanakan?

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST?

Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?

Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).

Selain daripada itu, barang yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. Ia juga selari dengan amalan di negara-negara lain.

Apakah Perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?


Perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Layanan yang sama juga diberi kepada perkhidmatan kewangan.

Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar).

Jualan Tahunan (Threshold)

Bagi mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah, hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM 500,000 setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas jualan mereka.

Perniagaan kecil seperti kedai runcit di kawasan luar bandar akan terkeluar daripada sistem GST dan boleh menjual barang keperluan tanpa mengenakan GST. Ini akan membantu rakyat secara keseluruhannya.


Kesan Perlaksanaan GST -  Adakah GST akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik?

Impak GST ke atas Indeks Harga Pengguna

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%.

Namun begitu tidak dinafikan bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan tertentu akan naik, manakala terdapat pula harga barang dan perkhidmatan yang lain akan menurun. 

Sebagai contoh, perubahan harga beberapa barang dan perkhidmatan adalah seperti berikut:



Penurunan harga ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

  • Penurunan kadar cukai kerana GST dikenakan pada kadar 4%. Kebanyakan barang dan perkhidmatan pada masa sekarang dikenakan cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhimatan (5%) dan
  • Terdapat barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan  GST.


Impak ke atas perbelanjaan isi rumah

Purata perbelanjaan isi rumah  mengikut strata menunjukkan penurunan dalam perbelanjaan isi rumah sekiranya GST pada kadar 4%. Secara keseluruhannya, purata penjimatan bagi setiap isi rumah di Malaysia adalah dijangkakan sekitar RM 5.97 sebulan atau RM 71.64 setahun.


Penjimatan pebelanjaan mengikut strata pada kadar GST 4% (RM/bulan)

Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4

Malaysia

Semenanjung

Sabah

Sarawak

Keseluruhan

5.97

6.35

2.59

6.38

Bandar

7.17

7.41

3.53

8.46

Luar Bandar

3.62

3.89

1.61

4.36


Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan.

Kerajaan sedar bahawa terdapat peniaga-peniaga yang tidak beretika akan menaikkan harga apabila GST dilaksanakan. Alasan yang akan diberikan oleh mereka ialah kerajaan telah mengenakan cukai baru sebanyak 4%.

Dalam memastikan kepentingan pengguna terjamin, kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut untuk menangani aktiviti yang tidak beretika tersebut:

  1. • Menggubal peraturan untuk mengawal aktiviti pengambilan untung berlebihan (profiteering) dalam Akta Kawalan Harga 1946.
  2. • Menubuhkan Majlis Kawalan Harga
  3. • Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan tegas serta hukuman yang berat,  dan
  4. • Panduan Harga Pengguna akan dikeluarkan secara berjadual.


Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?


Pengguna juga boleh memainkan peranan dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-

  1. membuat perbandingan harga sebelum berbelanja
  2. sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
  3. melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berkuasa atau persatuan pengguna, dan
  4. berbelanja secara berhemat.


Panduan Harga Pengguna

Panduan harga pengguna akan dikeluarkan oleh kerajaan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pelaksanaan GST. Ian merupakan panduan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga. Panduan ini mengandungi sebanyak 350 harga barang dan perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST.

Pendirian FOMCA tentang GST

  1. FOMCA menyokong perlaksanaan GST berdasarkan kepada beberapa perkara:
  2. Untuk memastikan peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk pengambilan keuntungan berlebihan (profiteering), Kerajaan akan menguatkuasakan dengan tegas peraturan Anti-Profiteering, yang sedang dirangka.
  3. Majlis Kawalan Harga mesti berfungsi dengan berkesan untuk memastikan harga barang dan perkhidmatan adalah berpatutan
  4. Panduan Harga Pengguna yang terkini dan komprehensif disediakan bukan sahaja untuk pengguna bandar tetapi juga untuk pengguna di kawasan luar bandar.
  5. FOMCA juga mengesyorkan agar Akta Persaingan diluluskan dengan segera untuk memastikan persaingan sihat dalam pasaran yang akan menguntungkan pengguna.
  6. Satu Jaringan Sosial yang telus dan komprehensif disediakan untuk memastikan masyarakat miskin dan terpinggir menikmati keperluan-keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan, air dan tenaga.
  7. Perbelanjaan Kerajaan akan lebih telus untuk meyakinkan rakyat bahawa wang yang dikutip daripada Cukai GST akan benar-benar memanfaatkan rakyat.  Tidak akan ketirisan dalam sistem perbelanjaan hasil Kerajaan.

Dalam semua aspek perlaksanaan GST, Kerajaan mesti menyedarkan dan mendidik pengguna di semua peringkat melalui komunikasi yang jujur dan telus.

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.