Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam Mesyuarat ISO WGSR Tanggungjawab Sosial Ke-8, Copenhagen, Denmark
Mesyuarat ISO WGSR Tanggungjawab Sosial Ke-8, Copenhagen, Denmark PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 19 May 2010 12:03

Mesyuarat ISO WGSR  mengenai tanggungjawab sosial kali ke-8 telah diadakan di Hotel Scandic Copenhagen, Denmark, mulai 17 Mei 2010. Mesyuarat ini bertujuan untuk membangunkan standard ISO 26000. Mesyuarat dimulakan dengan forum negara sedang membangun yang bertemakan tentang peningkatan kesan penglibatan negara sedang membangun dalam standardisasi antarabangsa mengenai tanggungjawab sosial. ISO WGSR, atau kumpulan kerja bagi membangunkan standard tanggungjawab sosial merupakan forum antara negara-negara sedang membangun untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam membangunkan Standardisasi Antarabangsa bagi Tanggungjawab Sosial.

ISO 26000 adalah satu dokumen antarabangsa tentang tanggungjawab sosial. Dokumen ini dibangunkan oleh Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO). Seramai 470 delegasi daripada 99 negara menghadiri mesyuarat ini. Hasil daripada promosi di peringkat serantau yang dilakukan oleh ISO, maka sejumlah besar delegasi dari negara-negara sedang membangun telah menyertai pertemuan ini.

Proses pembangunan standard ISO merupakan satu usaha persetujuan untuk menyediakan dokumen standard daripada draf awal sehingga kepada peringkat draf terakhir dan penerbitan. Melalui Perjanjian Marrakesh, Pertubuhan Perdagangan Dunia ditubuhkan pada tahun 1995, standard antarabangsa lebih diutamakan daripada standard serantau atau kebangsaan bagi tujuan keselamatan dan kesihatan.

Di samping itu, konvensyen dan perjanjian antarabangsa telah menyumbang kepada pengikatan beberapa norma antarabangsa seperti Protokol Kyoto, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Banyak standard antarabangsa yang dibangunkan oleh ISO merujuk kepada norma ini dan konvensyen lain sebagai asas untuk memberikan alatan kepada organisasi untuk menyokong usaha menuju ke arah pembangunan lestari, sebagai conton siri ISO 14000. Terdapat juga standard berkaitan dengan pelepasan gas rumah hijau, pembangunan lestari, kesihatan dan keselamatan pekerja.

Bagi menyebarkan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) tentang tuntutan dan anugerah CSR, Jawatankuasa bagi Dasar Pengguna ISO telah mengadakan bengkel tentang CSR dan bagaimana standard antarabangsa boleh membantu pada tahun 2001. Hasil daripada bengkel ini telah terbentuk sebuah kumpulan penasihat, untuk mengumpul maklum balas daripada ahli ISO dan organisasi lain (antarabangsa dan serantau) bagi membangunkan sebuah standard antarabangsa tentang CSR.

Namun begitu, terlalu banyak maklum balas telah diterima, dan menunjukkan bahawa CSR hanya tertumpu kepada korporat dan industri. Standard antarabangsa sepatutnya diguna pakai untuk semua jenis organisasi termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi penyelidikan, pekerja dan pengguna.

Oleh itu, adalah mustahak bagi membangunkan standard antarabangsa untuk tanggungjawab sosial daripada hanya membangun tanggungjawab sosial korporat.

Mesyuarat pertama dan mesyuarat yang seterusnya akan melihat standard yang digariskan berasaskan prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia, penglibatan pihak berkepentingan dan hak-hak pekerja. Banyak inisiatif antarabangsa yang berkaitan dengan CSR telah diwujudkan semasa kumpulan kerja SR di bawah ISO (ISO WGSR) bertemu pada tahun 2005. Antaranya Manual Organisasi Pembangunan Ekonomi untuk Perusahawan Multinasional, Persetujuan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kod Etika Multinasional Pertubuhan Pekerja Sedunia. Namun sebagaimana dengan tajuk yang dicadangkan, mereka merujuk kepada peranan korporat dalam tanggungjawab sosial dan persekitaran.

Setelah lapan mesyuarat dalam masa 6 tahun, draf ISO 26000 berada pada peringkat akhir pembangunannya. Pembangunan standard ini mengambil masa yang panjang dan melibatkan tenaga yang besar kerana sebab-sebab seperti berikut:

  1. Kebimbangan negara-negara sedang membangun bahawa standard ini akan digunakan oleh negara-negara membangun sebagai sekatan untuk perdagangan (barrier to trade).
  2. Kemarahan terhadap rujukan peranan kerajaan dalam standard
  3. Kebimbangan bahawa standard ini akan menjadi dasar pembangunan standard yang mengesahkan organisasi pada amalan tanggungjawab sosial mereka
  4. Kebimbanga bahawa negara-negara yang belum menandatangani atau ratifikasi norma-norma antarabangsa tertentu akan dikenakan tekanan melalui standard.
  5. Kebimbangan bahawa kandungan standard seperti yang tercatat dalam Draf Standard Antarabangsa terlalu rumit dan tidak terpakai untuk industri atau pertubuhan kecil dan sederhana, yang membentuk lebih daripada 99% premis perdagangan di Malaysia.

Sebelum menjelaskan tentang sebab-sebab yang dinyatakan di atas, adalah berguna untuk mengetahui apa yang tersirat dalam ISO 26000.

Standard ini membekalkan panduan tanggungjawab sosial untuk semua jenis organisasi:

  1. Konsep, istilah dan definisi yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial
  2. Latar belakang, trend dan ciri-ciri tanggungjawab sosial
  3. Prinsip-prinsip dan amalan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial
  4. Subjek teras yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial;
  5. Isu-isu tanggungjawab sosial (masalah)
  6. Mengintegrasikan, melaksanakan dan mempromosikan tanggungjawab sosial pada seluruh organisasi, melalui dasar dan amalan pengaruh yang berkaitan
  7. Mengenal pasti dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan
  8. Komitmen berkomunikasi dan prestasi berkaitan dengan tanggung jawab sosial

Tujuan utama panduan tanggungjawab sosial adalah untuk membantu organisasi dengan peralatan bagi mencapai atau menyumbang pada sasaran-sasaran pembangunan lestari.

Panduan ini mengutamakan 7 prinsip bagi operasi sesebuah organisasi:

  1. Akauntabiliti
  2. Ketelusan
  3. Etika
  4. Kepentingan pihak berkepentingan
  5. Keluhuran undang-undang
  6. Norma-norma antarabangsa
  7. Hak Asasi Manusia

Panduan ini meminta semua pengamal tanggungjawab sosial supaya menggunakan prinsip-prinsip di atas dalam semua aktiviti atau praktis tanggungjawab sosial mereka.

Untuk menetapkan skop dalam aktiviti tanggungjawab sosial bagi suatu organisasi, panduan ini mengutamakan 6 subjek teras:

  1. Pengawalan organisasi:  satu sistem di mana organisasi membuat keputusan dan mengimplementasikannya berdasarkan objektif.
  2. Amalan operasi yang adil: keprihatinan etika dalam hubungan sebuah organisasi dengan organisasi lain dan individu.
  3. Hak asasi manusia: hak dasar di mana semua manusia berhak terutamanya mengamalkan hak-hak sivil dan politik serta ekonomi, sosial dan budaya.
  4. Amalan pekerja: meliputi semua dasar dan amalan yang berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan di dalam organisasi, oleh organisasi dan bagi pihak organisasi.
  5. Persekitaran: keputusan dan aktiviti organisasi seringkali mempunyai kesan kepada persekitaran tempat mereka berada.
  6. Pengguna: organisasi yang membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna, serta pelanggan yang lain, hendaklah mempunyai tanggungjawab kepada pengguna dan pelanggan mereka.
  7. Penglibatan dan pembangunan masyarakat: organisasi mempunyai hubungan dengan masyarakat tempat beroperasi dengan berdasarkan kepada penglibatan masyarakat setempat  dan memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tersebut.

Penjelasan untuk nota-nota berikut:

1. Kebimbangan negara-negara sedang membangun bahawa standard ini akan digunakan oleh negara-negara membangun sebagai sekatan untuk perdagangan (barrier to trade).

  • Banyak usaha telah dilakukan oleh para perancang standard untuk mengatasi kebimbangan ini dengan memasukkan kenyataan berikut dalam standard:
  • Standard ini bertujuan memberikan panduan bagi organisasi tentang tanggungjawab sosial. Namun, bagi tujuan untuk Perjanjian Marrakesh membentuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), ia tidak bertujuan untuk ditafsirkan sebagai "standard antarabangsa”, "garis panduan" atau "cadangan".
  • Ia juga tidak bertujuan memberikan asas untuk tindakan undang-undang, aduan, atau tuntutan pertahanan dalam setiap proses domestik, antarabangsa atau tindakan yang lain.
  • Apakah teks di atas menyiratkan bahawa definisi standard antarabangsa dari Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) tidak akan digunakan dalam ISO 26000. Oleh yang demikian,  organisasi atau negara-negara yang mengamalkan dasar standard ISO 26000 tidak akan dilayan sebagai rujukan kepada Standard Antarabangsa.

2. Kemarahan terhadap rujukan peranan kerajaan dalam standard

  • Kebimbangan bahawa ISO 26000 akan menentukan bagaimana kerajaan akan membangunkan dasar dan memerintah sesebuah negara merupakan punca utama fakta ini. Perbincangan yang mendalam antara pihak berkepentingan kerajaan negara-negara maju dan negara-negara sedang membangun serta antara pihak berkepentingan yang lain menghasilkan teks berikut dalam standard:
  • “Standard antarabangsa ini tidak boleh ditukar, diubah atau dengan cara apapun mengubah kewajipan negara untuk bertindak bagi kepentingan umum. Ini adalah kerana negara adalah berbeza daripada organisasi, negara mempunyai kuasa yang unik untuk menerbit dan menguatkuasa undang-undang. Standard antarabangsa ini tidak memberikan panduan pada pemerintahan undang-undang, juga tidak bertujuan untuk menjawab soalan yang hanya dapat diselesaikan melalui institusi politik "
  • Teks di atas telah dibangunkan bertahun-tahun oleh semua pihak berkepentingan termasuk daripada agensi kerajaan dan pakar tentang peranan kerajaan.

3. Kebimbangan bahawa standard ini akan menjadi dasar pembangunan standard yang mengesahkan organisasi pada amalan tanggungjawab sosial mereka

  • ISO 26000 ini bukan standard sistem pengurusan. Ia tidak sesuai untuk tujuan pensijilan. Setiap tawaran pensijilan atau tuntutan untuk dipersijilkan ISO 26000 merupakan satu penyataan yang salah tentang maksud dan tujuan Standard Antarabangsa ini.
  • Malaysia dan mereka yang telah berusaha untuk pembangunan standard ini perlu memastikan bahawa peluang untuk menyediakan perkhidmatan pensijilan ISO 26000 tidak akan mengelirukan organisasi dan memberikan nama buruk pada standard.
  • Forum Akeditasi Antarabangsa telah bersetuju untuk menolak sebarang akreditasi kepada badan pensijilan yang menawarkan pensijilan ISO 26000.

4. Kebimbangan bahawa negara-negara yang belum tandatangan atau ratifikasi norma-norma antarabangsa tertentu akan didesak melalui standard.

  • Ini adalah sebuah fakta bahawa tiada semua negara di dunia telah mengguna pakai setiap konvensyen antarabangsa atau perjanjian. Tetapi banyak yang berjuang untuk meratifikasi atau menandatangani perjanjian-perjanjian ini untuk merumuskan dasar negara.
  • Baru-baru ini, Malaysia telah menandatangani Konvensyen Hak untuk Orang Kurang Upaya yang hanya bertujuan bagi membolehkannya menjadi pihak konvensyen. Namun, dengan aspirasi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, usaha untuk menangani hak-hak orang kurang upaya, perlindungan persekitaran khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim dan sebagainya perlu dipertimbangkan.
  • Malaysia menafikan penyataan ISO 26000 kerana kami belum menandatangani sebarang konvensyen, dan ia  memberikan imej bahawa Malaysia atau negara-negara lain adalah 'negara nakal' yang tidak berniat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari konvensyen berkaitan dimana kita terikat.
  • Konsep relevan dan signifikansi membolehkan pelaksanaan tanggungjawab sosial secara berperingkat, dan ia bergantung pada jenis dan saiz organisasi dan persekitaran, ekonomi, konteks politik, budaya dan sosial yang beroperasi (rantau maju dan sedang membangun).

5. Kebimbangan bahawa kandungan standard seperti yang tercatat dalam Draf Standard Antarabangsa terlalu rumit dan tidak terpakai untuk industri atau organisasi kecil dan sederhana, yang membentuk lebih daripada 99% premis perdagangan di Malaysia.

  • Standard ini menyatakan kekurangan pada industri kecil dan sederhana. Sekali lagi, konsep relevan dan signifikansi membolehkan pelaksanaan tanggungjawab social secara berperingkat, dan ia bergantung pada jenis dan saiz organisasi dan persekitaran, ekonomi, konteks politik, budaya dan sosial yang beroperasi.

Cadangan

Telah dinyatakan bahawa, demi kepentingan negara sedang membangun untuk menyokong standard antarabangsa tentang tanggungjawab sosial, dan mempertimbangkan tentang mudahnya mereka terdedah terhadap tindakan tidak bertanggungjawab daripada syarikat multinasional besar atau bahkan muncul syarikat-syarikat dari negara-negara sedang membangun untuk mengambil keuntungan ke atas negara-negara kurang membangun dengan mengambil kesempatan terhadap usaha untuk mendapatkan pelaburan asing dan peraturan yang longgar.

Dalam hal ini, Malaysia telah menerima standard ISO 26000 atau menerima dengan membuat pengubahsuaian untuk kepentingan semua pihak termasuk organisasi kecil dan sederhana. Ini adalah penting jika ISO 26000 dipromosikan dengan baik, ia akan membantu peraturan kendiri yang menjadi cita-cita kerajaan untuk dilaksanakan di antara organisasi.

Negara-negara yang berusaha untuk menghentikan penerbitan standard mempunyai agenda untuk melambatkan kemunculan standard antarabangsa yang boleh menghalang kemajuan mereka untuk mengambil kesempatan di negara-negara sedang membangun dari segi undang-undang lemah dalam perlindungan sosial dan persekitaran. Ini adalah tingkah laku sosial yang tidak bertanggungjawab!

Model Ekonomi Baru digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia berdasarkan kepada pencapaian pendapatan yang tinggi, inklusif dan menuju ke arah lestari. Kita memerlukan semua bantuan yang boleh didapatkan, kita juga perlu melakukannya dengan tepat pada kali pertama dan ISO 26000 merupakan satu saluran yang sangat berguna.


Artikel berikut diambil daripada majalah Newsweek (Isu 12 Mac). Lampiran

“Beijing telah melakukan semakan semula peraturan antarabangsa, disebabkan  keengganannya  mengikuti sistem yang dirangka oleh Barat. “Beijing ingin menyertai kumpulan-kumpulan yang bekerjasama dengannya. Salah satu kumpulan ialah Organisasi Kerjasama Shanghai.

Beijing telah berusaha keras dengan mempromosikan yuan sebagai mata wang antarabangsa. “China telah menandatangani perjanjian pertukaran mata wang yang bernilai $100 bilion dengan enam negara seperti Argentina, Indonesia dan Korea Selatan. Yuan telah menjadi mata wang untuk urus niaga rasmi di antara Asia Tenggara dan juga dua buah provinsi China dalam lingkarannya.” ujar mereka.

Beijing sedang merangka Jaringan yang baru. “China telah berusaha keras untuk standard internet generasi akan datang, yang dikenali sebagai IPv6 (Internet Protocol versi 6). IPv6 akan membekalkan trilion laman web baru daripada peralatan rumah bijak kepada aplikasi ketenteraan yang Beijing akan berkongsi bersama.”

Beijing telah mengorak langkah untuk memastikan China akan menerajui negara-negara lain di dunia. Sebagai contoh, China sedang bergiat dalam sektor angkasa lepas. “Sejak kemerosotan bajet untuk NASA,  China merupakan satu-satunya negara yang masih melabur secara besar-besaran dalam penjelajahan angkasa lepas.”

China berhasrat untuk menjadi “peneraju dunia dalam tenaga solar dan juga angin. Mereka juga sedang giat merangka standard untuk pengangkutan tenaga bersih generasi depan.”

China mempunyai jumlah pengangkutan tenaga bersih yang paling tinggi di dunia. “Sekiranya China berupaya untuk mengembangkan sektor pengangkutan kepada teknologi standard emas dan pemasaran, China boleh dikatakan mengawal masa depan pasaran kereta dunia.”

Penulis membangkitkan kerisauan bahawa sekiranya China memang mereka semula dunia ini, China mungkin tidak akan mematuhi peraturan perdagangan bebas dan persaingan global secara terbuka. “10 tahun dahulu, Beijing cuba sedaya-upaya untuk merayu pelaburan dari luar negara. Sekarang, situasi ini telah terbalik. Pakej rangsangan fiskal sebanyak $800 bilion telah disalurkan oleh kerajaan China dan mempengaruhi firma-firma dalam negeri dan mengetepikan sektor swasta. Undang-undang penggabungan baru telah menyukarkan lagi firma luar negara untuk membeli syarikat-syarikat China.”

Sebagai kesimpulan, artikel ini menunjukkan bahawa China mempunyai cara pembangunan yang tersendiri tanpa mengikut rentak Amerika Syarikat. “Cara ini dapat memastikan China akan bertambah kaya seperti Amerika Syarikat ataupun lebih bersimpati kepada agenda di Amerika Syarikat, yang semakin lesu.”

17 Mei 2010
Oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden, FOMCA

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.