| SISTEM METER PUKAL MENCEKIK DARAH PENGGUNA |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 06 September 2010 15:19 |
|
Selain daripada tarif yang lebih tinggi, pengguna juga tidak dapat menikmati pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan dengan kadar yang sama. Hak untuk 20 meter padu air yang pertama tidak dapat dirasakan langsung oleh pengguna semata-mata disebabkan sistem meter pukal yang masih diguna pakai dan tidak berjaya ditukar oleh pihak-pihak yang berkenaan. Meter pukal ini juga menyumbang serius kepada bil air yang bertunggak yang boleh mencapai beratus ratus ribu dan akhirnya menjadi isu yang kritikal. Sikap tidak bertanggungjawab juga adalah salah satu gejala yang wujud hanya disebabkan sistem meter pukal yang tidak dapat mengagihkan jumlah penggunaan air individu di bangunan bertingkat. Tarif meter pukal yang tidak seharusnya dikenakan ke atas pengguna juga menyebabkan pengguna tidak puas hati dan tidak mahu membuat bayaran kepada pihak pengurusan bangunan. Pengurusan bangunan yang tidak bertanggungjawab dan tidak cekap menangani masalah ini pada tahap awal lagi pula membawa kepada masalah pemotongan bekalan air ke atas seluruh bangunan bertingkat yang juga mempunyai pengguna yang menjelaskan bil air dengan baik.
Ms.Matheevani Marathandan |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.