Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam KEPENTINGAN AKTA PERSAINGAN 2010
KEPENTINGAN AKTA PERSAINGAN 2010 PDF Print E-mail
Written by Deivigarani Krishna   
Wednesday, 12 January 2011 09:31

Akta Persaingan 2010 melarang wujudnya perjanjian anti-persaingan seperti perjanjian mendatar dan perjanjian menegak yang menghalang atau menyekat persaingan di pasaran. Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 melarang terhadap perjanjian anti-persaingan. Contoh aktiviti antipersaingan adalah penetapan harga barangan di pasaran.

Menurut seksyen 10 Akta Persaingan 2010  penyalahgunaan kedudukan dominan adalah dilarang. "Kedudukan dominan" ditakrifkan sebagai kemampuan sesebuah perusahaan untuk melaraskan harga atau terma perdagangan dalam pasaran.

Contoh penyalahgunaan kedudukan dominan adalah seperti menetapkan harga barang lebih tinggi daripada harga pasaran. Keadaan ini menyebabkan pesaing terpaksa keluar daripada pasaran dan menghalang pesaing baru memasuki pasaran.

Sebuah Suruhanjaya Persaingan ditubuhkan untuk mengawasi pelaksanaan Akta Persaingan 2010. Suruhanjaya ini dikuatkuasakan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Menurut seksyen 11 Akta Persaingan 2010, Suruhanjaya Persaingan mempunyai kuasa untuk menjalankan kajian semula di atas pasaran. Kajian ini akan dibuat apabila terdapat ciri-ciri yang menghalang atau menyekat persaingan di pasaran.

Seksyen-seksyen 4, 10 dan 11 Akta Persaingan 2010 merupakan peruntukan terpenting dalam mengawal perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan ini.


Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.