Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam DANA RE DITUBUHKAN UNTUK SOKONG PELAKSAAN FIT
DANA RE DITUBUHKAN UNTUK SOKONG PELAKSAAN FIT PDF Print E-mail
Written by Mageswaran Senderal   
Friday, 22 July 2011 09:16

Bagi merancakkan perkembangan projek penguatkuasaan sistem Feed-in-Tariff (FIT) untuk tenaga yang boleh diperbaharui (RE), Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan dana RE yang akan digunakan untuk menyediakan insentif kepada kapasiti kuasa yang diperoleh daripada sektor baru yang sedang membangun dalam RE.

Dana tenaga yang boleh diperbaharui seperti yang dicadangkan itu akan direalisasikan melalui pengenaan 1.0 peratus peningkatan dalam bil elektrik pengguna - berdasarkan semakan semula tarif yang dibuat oleh pengawal selia industri Malaysia bulan Jun lalu.

Bagi mengelakkan kenaikan bil elektrik ke atas pengguna yang berpendapatan rendah, semakan tersebut mengecualikan pengguna domestik yang menggunakan 300 kilowatt-jam daripada menyumbang kepada dana tenaga yang boleh diperbaharui ini.

“Penubuhan dana RE merupakan salah satu pembangunan yang paling penting bagi pelaksanaan FIT. Peruntukan dana bagi tenaga yang boleh diperbaharui ini akan dilakukan melalui sumbangan daripada semua pengguna elektrik”, demikian penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui ketika sidang “Future Energy, Smarter Mobility Conference” di sini.

Beliau juga berkata dengan sumbangan minimum daripada pengguna di Malaysia melalui pelarasan yang ditetapkan 1.0 peratus dalam tarif elektrik, semua pihak termasuk individu (akan) mempunyai peluang untuk menyertai dalam menjana elektrik daripada tenaga yang boleh diperbaharui (RE)”.

Baru-baru ini, kadar tarif (FIT) Malaysia dalam seluruh sektor teknologi telah diluluskan dan akan dilaksanakan pada suku akhir ketiga tahun ini.

Selain projek RE yang dicadangkan, solar juga akan menerima kadar tarif atau FIT tertinggi iaitu RM 1.78 (bersamaan P25.42 setiap kilowatt-jam), termasuk bonus bagi penggunaan produk tempatan. Teknologi tertentu dikhususkan untuk penyimpangan kadar yang agak lebih agresif sebanyak 8.0 peratus dan penguatkuasaan bagi FIT adalah selama 21 tahun.

Teknologi lain seperti hidro juga akan mempunyai FIT yang lebih rendah iaitu 23-24 sen atau (kira-kira P3.2821 untuk P3.4238) setiap kWh, manakala biomas akan dikenakan 27-29 sen atau (P3.8529 untuk P4.1383) setiap kWh. FIT untuk biomass hanya akan dilaksanakan selama 16 tahun, manakala hidro adalah selama 21 tahun.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem FIT ini, sebuah badan yang khusus. yang dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tenaga Mampan (SEDA) akan ditubuhkan untuk mentadbir dan mengurus Tabung RE (tenaga yang boleh diperbaharui), yang kemudiannya akan digunakan untuk menampung kos ”Feed-in-Tariff” bagi RE yang diusahakan.

(diterjemahkan daripada artikel Malaysian Insider pada 11 Julai 2011 bertajuk: ’Malaysia set up RE fundl’).

Mageswaran Senderal
Forum Air Malaysia

 

 

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.