Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam ELAKKAN DARIPADA MENJADI MANGSA PENIPUAN GORES DAN MENANG
ELAKKAN DARIPADA MENJADI MANGSA PENIPUAN GORES DAN MENANG PDF Print E-mail
Written by Jayasilan Kandasamy   
Monday, 12 September 2011 12:04

Dalam zaman moden yang semakin mencabar ini, wujud pelbagai jenis penipuan. Setiap hari media melaporkan tentang individu yang ditipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket tertentu yang ingin mengaut keuntungan sekelip mata.

Walaupun banyak laporan media disiarkan, tetapi semakin ramai yang terperdaya, seolah-olah laporan berita tersebut tidak memberi sebarang makna kepada mereka. Bilakah masyarakat di Malaysia ingin sedar tentang pelbagai jenis penipuan ini, atau menunggu sehingga 'bila dah terhantuk baru nak mengadah'

Antara penipuan yang sering dilaporkan ialah gores dan menang. Ia merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh pihak tertentu yang menggunakan taktik gores dan menang sebagai kaedah untuk mendekati pengguna.

Selain itu, terdapat banyak kaedah lain, contohnya "buka dan menang", juga boleh mempengaruhi orang ramai supaya terpengaruh dengan produk yang ingin diperkenalkan.

Pengguna perlu menyedari taktik-taktik penipuan seperti ini. Adakalanya sindikit ini menggunakan taktik-taktik sebagai menghantar surat. Mereka akan menghubungi pengguna melalui surat dengan mengatakan bahawa pengguna tersebut telah terpilih bagi peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat . Bagi mengaburi mata pengguna,  sindiket meminta pengguna datang mengambil hadiah atau promosi gores dan menang.

Selain daripada itu mereka juga menggunakan taktik  menghubungi melalui telefon. Taktik ini lebih kurang sama dengan taktik menghantar surat. Pangilan telefon akan dibuat serta menerangkan tujuan panggilan dibuat di samping menerangkan faedah yang menarik jika pengguna tersebut datang ke tempat yang dinyatakan itu.

Taktik lain digunakan ialah melantik syarikat tertentu bagi memujuk pengguna untuk memasuki peraduan gores dan menang. Pengguna akan dijanjikan dengan pelbagai hadiah yang lumayan.

Selain itu terdapat juga taktik jurujual yang berkunjung dari rumah ke rumah dengan memperkenalkan  dirinya sedang membuat kaji selidik tentang sesuatu jenama. Jika pengguna terpedaya, jurujual mengambil kesempatan bagi mempromosikan barangan syarikat beliau, disamping menggunakan paksaan atau ugutan.

Malah ada juga yang taktik menghantar SMS. Matlamat dan motif adalah sama, iaitu untuk menipu.

Tempat  aktiviti  gores dan menang  biasanya berlaku rumah ke rumah, kompleks  perniagaan, di hadapan bank, tempat letak kereta awam, kawasan R&R di lebuh raya dan sebagainya.

Bagaimana seorang pengguna dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada penipuan- penipuan ini?

Pengguna hendaklah sentiasa berhati-hati apabila dikunjungi oleh jurujual atau ejen yang menawarkan hadiah yang tidak munasabah nilainya. Semakan kad pengenalan ejen-ejen bagi mengetahui maklumat sebenar syarikat yang menjalankan skim gores dan menang seperti nama, alamat,dan nombor telefon syarikat.

Pengguna juga perlu peka dengan kandungan iklan-iklan yang ditawarkan oleh ejen-ejen tersebut seperti perihal barangan, harga, kos dan masa penghantaran.

Penipuan melalui gores dan menang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Perihal dagangan 1972.

Fikir Sebelum Bertindak, Jadilah pengguna yang bijak.

Jayasilan Kandasamy
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

Report PRODUCT SAFETY INCIDENTS

Consumers and businesses can lodge report regarding incidents cause by the products they or their customers use.

Click below for consumers' incident report form



and

Click below for business incident report form.


Click here to go to the APEC PSIISS website


Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.