| TIADA PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM BAJET 2012 |
|
|
|
| Written by Thanesh Kumar |
| Wednesday, 02 November 2011 05:16 |
|
Secara langsung atau tidak langsung, negara sedang menyumbang ke arah perubahan iklim dunia yang mendadak dan tidak menentu disebabkan oleh peningkatan dalam GHG. Antara gas-gas rumah hijau (GHG) penyumbang terbesar kepada pemanas global dunia ialah karbon dioksida (CO2). Pelepasan karbon dalam negara telah melepasi tahap kitar semula yang normal, iaitu gas karbon dioksida di udara (CO2) diserap balik oleh tumbuh-tumbuhan dari atmosfera secara semula jadi. Gas CO2 yang melepasi tahap semula jadi ini akan kekal sebagai gas berlebihan di atmosfera dan memerangkap haba daripada cahaya matahari yang dibalikkan oleh bumi. Haba yang terperangkap melalui gas CO2 inilah yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Menyedari tentang bahaya yang diakibatkan oleh pemanasan global ini, kerajaan telahpun mengambil beberapa langkah penting untuk mengurangkan kesan karbon di udara dan air serta jumlah keseluruhan jejak karbon yang disumbangkan oleh individu. Pengubalan Dasar Teknologi Hijau Negara dijangka melahirkan budaya baru di negara ini dalam dekad yang akan datang, iaitu budaya hijau yang menggunakan tenaga secara berhemat dan berjimat serta proses penghasilan tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar. |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.