| MAMPUKAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN MELINDUNGI PENGGUNA? |
|
|
|
| Written by Mohd Yusof Abdul Rahman |
| Wednesday, 18 January 2012 17:23 |
|
Pengguna masih mengeluh peniaga secara sewenang-wenangnya menaikkan harga barang walaupun telah wujud akta yang boleh mengekang tindakan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan. Adakah pada tahun 2012 masalah seperti ini akan terus berlaku? Pada tahun 2011 kerajaan telah melakukan semakan harga beberapa barang bersubsidi berdasarkan cadangan makmal rasionalisasi subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). Pada tahun 2012, mungkin semakan barang bersubsidi akan diteruskan mengikut perancangan yang ditetapkan. Walaupun kadar kenaikan yang berlaku mungkin kecil, namun jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan kesan jaringan kepada barang lain yang tidak berkaitan. Keadaan inilah yang sering berlaku sebelum ini.
|
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.