PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

Laman Utama Berita Terkini Polisi Awam MAKLUMBALAS FOMCA TERHADAP BAJET 2016
MAKLUMBALAS FOMCA TERHADAP BAJET 2016 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 23 October 2015 18:28

Rumah Mampu Milik (Affordable Homes)
Hak memiliki rumah merupakan has asasi pengguna. Walau bagaimana pun, harga rumah di Malaysia adalah terlalu tinggi hinggakan tidak mampu dibeli oleh pengguna khususnya.

Cadangan untuk rumah dijual 20% di bawah harga pasaran, mungkin masih tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat yang masih rendah. Dalam menetapkan harga rumah, pendapatan pengguna harus diambilkira. Ini adalah lebih-lebih lagi untuk keluarga muda yang ingin membeli rumah pertamanya. Peruntukan untuk pembinaan rumah PRIMA dan agensi-agensi kerajaan harus dikendalikan secara tulus.

Oleh kerana permintaan untuk rumah mampu milik begitu tertinggi, selain daripada  pembinaan rumah PRIMA, rumah pembinaan swasta juga harus dikawal untuk memastikan rakyat mampu beli.  Ini adalah khususnya di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Kerajaan harus meningkatkan usaha untuk menghapuskan sebarang aktiviti spekulasi untuk memastikan pembeli rumah pertama diberikan keutamaan.
FOMCA menyokong Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama untuk membantu pembeli rumah pertama  memiliki rumah. FOMCA juga mendesak kerajaan untuk melaksanaan program “Build then Sell” untuk melindungi pengguna daripada pemaju yang tidak bertanggung jawab.

Pengangkutan Awam
Walaupun peruntukan besar diperuntukkan untuk LRT and MRT, sistem asas pengangkutan awam iaitu bas masih ketinggalan. Pengguna terpaksa menggunakkan kereta oleh kerana sistem bas iaitu bas “the last mile”: masih tidak boleh dipercayai.

Maka dengan sistem bas yang lemah, pengangkutan awam di Malaysia masih belum viable.

Kesihatan
FOMCA menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mengecualikan GST ke atas semua jenis Ubat Terkawal serta tambahan sebanyak 95 jenis ubat penjualan di kaunter.

Walau pun, pembinaan hospital ditambah; tetapi hospital kerajaan masih kekurangan doctor pakar dan hal ini mengakibatkan pesakit terpaksa menunggu lebih lama untuk berjumpa pakar dan mendapatkan rawatan. Maka kerajaan harus mengambil langkah untuk menambah doktor-doktor pakar dan mengekal pakar di hospital kerajaan dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan

Sektor Air
FOMCA amat mengalu-alukan usaha kerajaan dalam meningkatkan saluran bekalan air yang berterusan di luar bandar dengan peruntukan RM 568 Juta bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar.

Namun begitu, FOMCA  kesal kerana tiada peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur bekalan air bagi mengelakkan gangguan bekalan air atau catuan air semasa berlaku kemarau.  Selain itu, peratusan air tidak terhasil (Non Revenue Water) masih tinggi di negara kita iaitu kira-kira 36%. Angka ini adalah masih jauh untuk mencapai 25% dalam tempoh 4 tahun menjelang Wawasan 2020. FOMCA berharap kerajaan dapat menekan kepentingan bagi meningkatkan pretasi dan infrastruktur sistem bekalan air pada masa hadapan.

Penukaran sistem perpaipan yang lama adalah sangat diperlukan dengan kadar segera untuk menjamin rakyat mendapat kesinambungan, bersih dan selamat bekalan air.

Di samping itu, pembentangan bajet ini tidak menjelaskan status Blueprint Air Negara yang telah diperuntukan pada tahun lepas. FOMCA berharap suatu kertas strategik yang releven dapat dibekalkan kepada para operator air dan pengguna agar krisis air dapat diatasi pada masa akan datang

Perkhidmatan Pembetungan
Perkhidmatan Pembetungan adalah merupakan salah satu keperluan asas yang penting dan kelemahan sistem pembetungan juga dipercayai menyebabkan pencemaran sumber air. Namun begitu, masih tiada sebarang peruntukan bagi sektor pembetungan seperti tahun lepas.  Selain itu, kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengosongkan tangki septik di rumah dan membayar bil pembetungan adalah sangat diperlukan. Penambahbaikan loji pembetungan yang masih menggunakan system lama perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan hidup.

Pengendalian Bencana Alam
FOMCA menyokong kerajaan memberikan perhatian dalam pengurusan bencana alam selepas berlakunya banjir besar di Pantai Timur negara kita. Penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM adalah diperlukan dengan kadar segera. Agensi yang baru ini dicadangkan untuk dijadikan agensi utama untuk mengurus hal-hal bencana alam termasuk menyediakan pendidikan awal kepada penduduk di kawasan yang berisiko tinggi dan perancangan kerja pemulihan dengan pihak kepentingan yang lain.

Projek Rancangan Tebatan Banjir dan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah adalah usaha yang baik dan amat dialu-alukan. FOMCA berharap projek ini dapat melibatkan semua pihak yang berkepentingan termasuk rakyat dalam penyampaian maklumat secara tepat dan cepat serta berguna semasa bencana alam. Kerajaan perlu menumpukan perhatian dalam melahirkan rakyat yang berdaya tahan terhadap bencana alam yang berpunca daripada perubahan iklim yang semakin ketara.

Telekomunikasi
Bagi merealisasikan misi untuk menjadi negara yang maju pada 2020, menambah baik infrastruktur internet di semua peringkat (termasuk kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar) perlu diberi keutamaan. Langkah itu penting termasuk usaha menjadikan akses kepada internet pada harga yang lebih murah.

Namun begitu harga untuk kelajuan mbps tidak dihuraikan dengan lebih lanjut.

Jaringan/rangkaian telefon dan kelajuan internet tidak memuaskan. Harga yang dibayar oleh pengguna bagi penggunaan telefon dan internet tidak mencerminkan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi dan jalur lebar.

Penjimatan tenaga
Pendidikan berterusan untuk memupuk penggunaan lestari di kalangan rakyat Malaysia adalah penting, terutama dalam tenaga dan pemuliharaan air. Ia perlu menjadi agenda negara - di mana rancangan, projek dan aktiviti perlu menyokong dengan sokongan yang kuat daripada kerajaan, setiap tahun. Pendidikan akan membantu mewujudkan lebih banyak penjimatan yang mementingkan rakyat Malaysia, yang bukan sahaja membantu agenda negara dalam memulihara alam sekitar tetapi juga meringankan perbelanjaan pengguna terhadap keperluan asas.

Sektor pendidikan
Pada zaman ini, pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting kepada setiap indvidu dan semestinya tidak harus diendahkan. Ini harus selaras dengan matlamat utama Malaysia iaitu untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 oleh itu seperti yang dinyatakan diatas, sektor pendidikan haruslah diberikan lebih tumpuan.

Caj / fi yang dikenakan oleh institusi pendidikan tinggi tidak diambil kira, iaitu mengurangkan fi bagi IPTS dan IPTA pendidikan swasta hendaklah dikenakan harga yang berpatutan

Pendidikan Kewangan
Walaupun terdapat pelbagai program yang dirangka untuk golongan belia dan pekerja muda dari aspek kepimpinan, latihan dan keusahawanan, namun FOMCA berpendapat, satu aspek kemahiran utama telah diabaikan, iaitu pendidikan kewangan. Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini, manakala pendapatan tidak banyak berubah seiring dengan kenaikan kos sara hidup, maka ramai pekerja muda yang menghadapi masalah kewangan yang serius.

Pendidikan kewangan adalah kemahiran hidup yang kritikal. Kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada pendidikan kewangan serta memberikan peruntukan kewangan yang secukupnya untuk mengadakan sesi pendidikan kewangan kepada mereka. Kerajaan perlu mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mendidik pekerja muda ke arah menjadi pekerja yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan stabil. Mereka juga harus menguruskan kewangan untuk masa hadapan mereka, seperti pendidikan anak dan persaraan.

 

Tweet Me

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

Sertai Kami di Facebook

Subscribe Newsletter

MySWITCH 2017

Maklumat Kepada Semua

Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.