| PENDIDIKAN TENTANG CERUN TANAH TINGGI ELAKKAN MALAPETAKA TANAH RUNTUH |
|
|
|
| Written by admin |
| Tuesday, 02 March 2010 00:00 |
|
Tanah runtuh merupakan malapetaka yang disebabkan oleh manusia sendiri. Apabila kawasan tanah tinggi dibangunkan, sewajarnya langkah-langkah keselamatan yang betul diambil. Ini kerana jika pembangunan kawasan tanah tinggi tidak dibuat dengan baik, ia akan menyebabkan keruntuhan cerun apabila hujan lebat kerana keadaan tanah yang tidak stabil. Apabila cerun tanah tinggi dibersihkan, ia akan menyerap lebih banyak air semasa hujan dan menjadikannya lebih berat. Secara kebiasaan, jurutera geoteknik akan merekabentuk cerun ini semula dan memastikan supaya lebih banyak saliran diwujudkan untuk mengalirkan air.
2 Mac 2010 |
Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.