Print
Category: Perubahan Iklim
Hits: 683

Amaran tentang sistem iklim adalah jelas dan sejak 1950-an, banyak perubahan yang telah diperhatikan adalah tidak diramalkan sejak 100 tahun yang lalu.

Atmosfera dan lautan telah memanas, liputan salji dan ais telah lenyap, paras laut telah meningkat dan kepekatan gas rrumah hijau telah meningkat. Pengaruh manusia dalam sistem iklim adalah jelas. Penurunan gas rumah hijau yang drastik dan berterusan perlu dilakukan segera bagi menghadkan dan memperlahankan perubahan iklim. 

Ia adalah besar kemungkinan bahawa pengaruh manusia merupakan faktor yang utama dalam pemanasan global yang diperhatikan sejak pertengahan abad ke-20. Setiap tiga dekad (1981-1990, 1991-2000, 2001-2010) yang telah berlalu adalah lebih panas daripada dekad-dekad yang lalu sejak 1850. Di hemifera utara, 1983-2012 merupakan tempoh yang paling panas sejak 1400 tahun yang lalu.


Peristiwa Melampau
Perubahan-perubahan dalam cuaca yang ekstrim dan peristiwa iklim yang melampau telah dapat diperhatikan sejak 1950. Bilangan hari dan malam yang sejuk telah berkurang manakala bilangan hari dan malam yang panas telah meningkat. Selain itu, kekerapan gelombang panas yang melanda Eropah, Asia dan Australia bakal meningkat. Kekerapan dan intensiti hujan lebat juga diramalkan akan meningkat di Amerika utara dan Eropah. 

Pemanasan Lautan
Lautan telah mengumpul lebih daripada 90% tenaga di antara 1971 dan 2010. Ia adalah pasti bahawa lautan paras atas (0-700m) telah memanas sejak 1971 dan kemungkinan telah mula memanas sejak 1870-an. 

Ais
Sejak 2 dekad yang lalu, litupan salji di Kutub Utara dan Kutub Selatan telah mengalami kehilangan isipadu yang besar, glasier telah menyusut berterusan di hampir seluruh dunia manakala lautan ais di Kutub Utara dan litupan ais di hemisfera utara telah menurun secara drastic.  

Di Kutub Selatan, kadar kehilangan ais dijangka meningkat daripada 30 billion ton setahun ke 147 billion ton setahun dalam jangka masa yang sama.

Lautan ais di kutub utara telah menyusut pada kadar 4.1% sedekad dari 1979 ke 2012 dan besar kemungkinan akan meningkat ke 5.9% sedekad bagi masa hadapan. 

Paras Laut

Peningkatan paras laut global adalah 19cm dari 1901-2010, secara purata 1.7mm setahun. Namun pada masa di antara 1993-2010, purata peningkatan telah meningkat ke 3.2mm setahun. Kehilangan glasier dan peningkatan suhu lautan telah menyumbang kepada 75% daripada peningkatan paras laut sejak awal 1970-an.
Tahap Gas Rumah Hijau

Kepekatan gas Karbon Dioksida (CO2), metana dan nitrous oksida telah meningkat ke paras yang tidak permah diramalkan sejak 800,000 tahun yang lalu. Kepekatan gas CO2 telah meningkat sebanyak 40% sejak zaman pra-industri dan disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau yang melampau dan perubahan penggunaan tanah seperti penebangan hutan untuk pembangunan. 

Pada 2011, tahap gas karbon dioksida, iaitu gas rumah hijau yang utama, telah mencatatkan 391ppm di atmosfera, peningkatan sebanyak 40% berbanding dengan tahap zaman pra-industri. Sehingga 2011, jumlah pelepasan CO2 buatan manusia sejak zaman perindustrian adalah 545 billion ton. CO2 dari pembakaran bahan api fosil dan simen adalah 365 billion ton. Penyahhutanan dan perubahan tanah yang lain adalah 180 billion ton. Lautan telah menyerap sebanyak 155 billion ton; sistem habitat semula-jadi 150 billion dan di atmosfera 240 billion. Penyerapan CO2 oleh lautan juga menyebabkan peningkatan keasidan di laut.

Masa Hadapan (hingga 2100) 

Laporan terkini telah memberikan 4 senario dan senario yang paling optimistic adalah purata peningkatan suhu sebanyak 1 darjah Selsius menjelang 2100 berbanding dengan suhu pada 2000, di antara 0.3 darjah selsius ke 1.7 darjah selsius. Ini merupakan satu-satunya senario yang dapat mencapai sasaran Persatuan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) iaitu 2 darjah Selsius. Sebagai perbandingan, senario yang paling teruk adalah purata pemanasan sebanyak 3.7 darjah selsius, di antara 2.6 darjah selsius ke 4.8 darjah selsius di mana ahli saintis berkata ia merupakan bencana kepada dunia dan manusia.  

2 darjah Selsius?
Untuk mencapai matlamat PBB iaitu menghadkan pemanasan buatan manusia ke 2 darjah Selsius berbanding dengan zaman pra-industri, jumlah pelepasan karbon daripada sumber buatan manusia mesti dihadkan pada 1000 billion ton. Pada 2011, sebanyak 531 billion ton telah dilepaskan. 

Peningkatan Paras Laut
Kadar peningkatan paras laut pada pertengahan abad ke-19 adalah lebih tinggi daripada 2 alaf yang lalu. Di antara 1901 hingga 2010, paras laut sedunia telah meningkat sebanyak 19cm disebabkan oleh pemanasan laut, pencairan glasier dan litupan ais. Kadar peningkatan telah meningkat dan menjelang 2100, peningkatan paras laut adalah di antara 26cm hingga 82cm. 

Peristiwa Cuaca Melampau
Hujan ribut yang biasa adalah berkemungkinan besar berlaku dan menjadi lebih lebat dan kerapa di negara-negara latitude tengah dan kawasan tropical. Kawasan yang dipengaruhi oleh monsoon juga akan meningkat dalam abad ke 21 ini dan hujan akan menjadi lebih lebat. Musim monsoon dan tengkujuh juga akan menjadi lebih berpanjangan di kebanyakan kawasan.

Litupan Ais
Menjelang 2100, pengurangan litupan ais di kutub utara dapat dilihat dalam semua senario. Kadar pengurangan litupan ais adalah di antara 43% hingga 94% dalam musim panas di kutub utara. 

Selepas 2100
Banyak aspek dan kesan perubahan iklim akan berterusan untuk banyak abad yang akan datang walaupun pelepasan CO2 berhenti. 15% ke 40% CO2 yang telah dilepaskan masih akan berada di atmosfera walaupun selepas 1000 tahun.  

Jika gas CO2 stabil pada paras 500ppm, peningkatan paras laut adalah kurang daripada 1m pada 2300. Sekiranya kepekatan CO2 melepasi 700ppm, peningkatan paras laut akan menjadi 3m. Jika litupan ais di Greenland cair sepenuhnya, maka peningkatan paras laut adalah 7m. 

Pemimpin-pemimpin dunia mesti melakukan sesuatu pada kadar yang segera bagi mengatasi masalah peubahan iklim ini. Selain itu, kita juga harus mengubah cara hidup kita kepada penggunaan yang lebih lestari agar kita sendiri tidak menuju ke arah bencana dunia.    

Foon Weng Lian
Assistant Manager (Policy and Research)