Print
Category: Perubahan Iklim
Hits: 657

Jumlah populasi sekarang dianggarkan telah menjangkau 7 billion dan diramalkan bahawa 2 bilion lagi akan ditambah kepada jumlah populasi dunia menjelang tahun 2025. Ini bermaksud bahawa sekurang-kurangnya 70% lebih makanan akan diperlukan dengan bilangan sebanyak 100% bagi negara-negara membangun. Pertumbuhan populasi yang semakin meningkat hanya akan membawa kepada permintaan yang meningkat untuk makanan. 

Kita seringkali mendengar tentang negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, India dan China sebagai pengeluar utama 'genetically modified crops' ataupun dikenali sebagai tanaman yang telah diubahsuai secara genetik. Cara penanaman ini telah berkembang ke negara-negara lain seperti Afrika dan Uruguay di mana jenis tanaman ini dikatakan merupakan harapan negara-negara ini.

Malah, tanaman jenis ini dikatakan merupakan penyelesaian kepada masalah perosak dan penyakit yang menyebabkan kerugian kepada petani serta tanaman jenis ini juga berdaya tahan terhadap perubahan iklim seperti kemarau dan banjir berbanding dengan tanaman biasa.

 


Tanaman jenis genetically modified dikatakan lebih tahan perosak dan juga racun rumpai. Sebanyak 90% tanaman kacang soya, jagung, kapas dan kanola yang ditanam di negara Amerika Syarikat telah didapati merupakan tanaman genetically modified dan dianggarkan juga kira-kira 75% daripada makanan yang diproses mengandungi bahan-bahan yang telah diubahsuai genetiknya.

Walau bagaimanapun, konsep genetically modified ini tidak diterima sepenuhnya oleh semua, dengan ada juga yang menentang konsep ini kerana dikatakan akan membawa risiko kesihatan kepada pengguna serta kepada alam sekitar.

Baru-baru ini, di negara United Kingdom, kita mendengar tentang pelabelan genetically modified yang dikatakan merupakan salah satu hak pengguna untuk dimaklumkan. Pelabelan merupakan satu cara untuk menyebarkan maklumat kepada pengguna. Kebanyakan makanan membawa label organik, yang mengikut definasi sepatutnya bermakna genetically modified-free ataupun dikenali sebagai bebas daripada pengubahsuaian secara genetik. 

Perkara ini pasti akan mengambil masa yang panjang untuk mendapat persetujuan ramai, melainkan maklumat yang tepat sampai kepada pengguna.  
Selain itu, pada minggu yang sama, terdapat juga satu artikel dengan tajuk yang menarik, ‘Today’s Weeds May Be Tomorrow’s Climate Influenced Dinner‘ iaitu rumpai hari ini dikatakan mungkin akan menjadi makanan kami disebabkan pengaruh perubahan iklim.

Steven Cannon, seorang ahli genetik penyelidikan di Jabatan Amerika Syarikat Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian telah menanam hampir 60 jenis tumbuhan liar dalam bidang penyelidkannya, dimana kebanyakan tumbuhan yang ditanam ini seringkali dikenali sebagai rumpai kepada masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa kini lebih daripada 30 tanaman ini memberi sebanyak 95% daripada kalori yang terkandung dalam makanan yang diambil. Beliau juga menyatakan bahawa dengan lebih banyakya pilihan yang sediaada, kita akan lebih bersedia untuk mengalami perubahan iklim ataupun perubahan harga terhadap makanan.

Beliau juga menegaskan bahawa biasanya bahan makanan asli ataupun tempatan yang masih agak baru di kalangan pengguna selalunya bermula daripada chef tempatan yang sanggup membangunkan resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan makanan ini. Dengan itu, barulah akan dapat permintaan untuk makanan jenis ini dan juga insentif bagi petani yang menanam tanaman ini.

Sememangnya, terdapat banyak langkah-langkah baru yang telah diambil untuk memastikan jaminan bekalan makanan dengan perubahan iklim ini. Namun, ia adalah jelas sekali bahawa hanya dengan penggunaan daripada pengguna maka baru adanya permintaan pasaran untuk pengeluaran ini.

Onn May Ling