Print
Category: Perubahan Iklim
Hits: 741

Pakar-pakar sains memberi amaran bahawa sektor pertanian perlu melakukan perubahan dalam menghasilkan tanaman mereka dalam menghadapi dunia yang lebih panas dan peningkatan penduduk dunia. 

Menurut mereka, harga makanan telah meningkat sebanyak 20% dalam beberapa dekad ini. Suhu yang lebih panas telah menyebabkan kekurangan air dan mencegah pendebungaan dalam tumbuhan pertanian. 

Penurunan dalam jumlah hasil tanaman di seluruh dunia bukan disebabkan oleh perubahan corak hujan, tetapi ia berpunca daripada suhu tinggi yang menyebabkan penyahidratan dalam tumbuhan dan mencegah pendebungaan. Selain itu, ia juga melambatkan proses fotosintesis.

Presiden Institut Polisi Bumi, Lester Brown berkata bahawa hasil kajian ini merupakan satu titik perubahah. Beliau juga berkata bahawa sektor pertanian telah wujud lebih daripada 11,000 tahun dalam iklim yang stabil. Namun, sistem tersebut telah hilang kestabilannya. Penyesuaian adalah sukar kerana pengetahuan terhadap masa depan adalah terlalu rendah untuk mendorong lebih banyak pelaburan yang baru. ’Oleh itu usaha perlu dilakukan dan mengharapkan hasil tanaman yang terbaik.’ ujar beliau. 

Pakar-pakar sains berkata bahawa hasil kajian ini sangat penting untuk mencari cara penyesuaian yang sesuai dalam sektor pertanian untuk menhadapi suhu yang lebih panas agar bekalan makanan adalah mencukupi selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dunia. Menurut Wolfram Schlenker daripada University Columbia di New York, sekiranya sektor pertanian masih menggunakan biji benih yang sama dan suhu dunia semakin meningkat, harga makanan pasti akan terus meningkat. 

Kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya kaitan rapat di antara perubahan iklim dengan bencana-bencana alam yang berlaku seperti gelombang panas di Eropah yang membunuh beberapa ribu orang pada tahun 2003. Di samping itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa kesan pemanasan global memang boleh dirasai di seluruh dunia.  

Tahun ini, harga makanan telah mencatatkan rekod yang tertinggi dan ini juga merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan rusuhan di Asia Timur Tengah dan benua Afrika. Menurut Wolfram lagi, peningkatan permintaan terhadap daging merupakan salah satu faktor yang penting. Menurut beliau, memang bekalan daging adalah mencukupi untuk semua orang. Namun, beberapa kilogram gandum diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram daging dan juga kesan pemanasan global telah menyebabkan harga daging semakin meningkat. 

Menurut Prof Tim Wheeler daripada Institusi Penyelidikan Sistem Iklim Walker bencana alam seperti gelombang panas dan kebakaran hutan di Rusia pada tahun 2010 juga memberi kesan sementara kepada peningkatan harga makanan dunia.  

Kajian ini meneliti peningkatan suhu yang mempengaruhi hasil tanaman tahunan di negara-negara pengeluar terbesar di antara tahun 1980 hingga 2008. Peralatan komputer digunakan untuk mengukur jumlah hasil penuaian gandum semasa dalam dekad yang tidak dipengaruhi oleh pemanasan. Mereka mendapati bahawa dalam dekad yang tidak mengalami pemanasan, jumlah pengeluaran sebanyak 33 tan metrik (5.5%) lebih banyak daripada jumlah hasil tuaian pada dekad yang mengalami pemanasan. 

Perbezaan ini telah menyebabkan peningkatan harga makanan sebanyak 18.9%. Walaupun ada pihak yang berkata bahawa peningkatan tersebut hanyalah 6.4% kerana kandungan gas karbon dioksida yang tinggi dalam udara boleh mempercepatkan pertumbuhanan tumbuhan, tetapi pendapat ini memerlukan lebih banyak bukti lagi. 

Dalam dekad ini sahaja, harga makanan dunia telah meningkat 200%. Selain itu, menurut Schlenker lagi, terdapat dua sebab lain iaitu peningkatan permintaan untuk daging dan penukaran bahan makanan atau tanaman kepada bahan api bio. 

Amerika Syarikat yang merupakan negara pengeluar makanan yang terbesar di dunia, telah menarik diri daripada kajian ini, dengan alasan pengeluaran makanan di negara itu tidak menghadapi kekurangan yang disebabkan oleh perubahan iklim. Schlenker berkata ini mungkin disebabkan oleh peningkatan suhu di kawasan itu adalah sangat rendah berbanding kawasan lain di dunia. 

“ Petani-petani di Amerika Syarikat bernasib baik kerana pengeluaran mereka masih tidak terpengaruh dan pada masa yang sama harga makanan sekarang adalah tinggi. Jadi mereka mendapat keuntungan yang tinggi pada masa ini” ujar Schlenker. Akan tetapi, unjuran-unjuran sains telah menunjukkan Amerika Syarikat juga akan menghadapi pemanasan dalam masa yang terdekat ini. 

Untuk menyesuaikan pertanian kepada perubahan iklim melibatkan proses migrasi ke kawasan yang lebih sejuk memandangkan kawasan yang sedia ada telah memanas. Namun, tanah di kawasan yang baru kebiasaannya tidak subur. Sclenker berkata bahawa potensi bioteknologi boleh membantu melalui kejuruteraan genetik dengan menghasilkan variasi tanaman yang tahan kepada pemanasan. Namun potensi ini masih tidak terbukti keberkesanannya. 

Oleh itu, pakar-pakar sains sekarang perlu bertungkus-lumus dan berusaha lagi untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, pengguna hendaklah mengurangkan permintaan terhadap daging.

Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna Tenaga dan Air Malaysia.