Print
Category: Perubahan Iklim
Hits: 641

Akhbar Healthyday News - Bloomberg Businessweek melaporkan bahawa BPA boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan lebih dari disangka. Kajian telah mendapati bahawa, ovari wanita yang mempunyai ketumbuhan (cysts) mempunyai BPA dalam kadar yang tinggi. Ovari wanita yang menghadapi polycystic ovari syndrome (PCOS) ini akan mempunyai risiko untuk ketumbuhan yang berganda dan keadaan ini akan membawa kepada kemandulan, penyakit jantung, dan diabetis jenis 2.

Pada wanita yang menghadapi PCOS ini, kadar BPA boleh ini juga dikaitkan dengan gangguan hormon lelaki dalam badan wanita tersebut. Kajian pada tikus jantan juga didapati bahawa tikus yang didedahkan dengan BPA menunjukkan kerosakkan pada testis dan sistem pembiakan lelaki.

Pengguna- pengguna dinasihatkan supaya elakkan penggunaan plastik terutamanya plastik yang mengandungi BPA. Pengguna boleh menggunakan bekas tersendiri yang tidak dihasilkan dari plastik. Pasaran di negara Kanada dan Amerika Syarikat telah mengarahkan untuk menghasilkan plastik yang tidak mengandungi BPA. Kanak- kanak juga mempunyai kecenderungan yang tinggi akibat pendedahan kepada BPA.

Adalah penting untuk pengguna supaya sedar dan mengambil langkah- langkah yang bijak dan efisien supaya kemudaratan dari penggunan plastik BPA ini boleh dikurangkan atau dielakkan. Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi U.S National Institute of Environmental Studies, atau laman web University of Athens Medical School Greece atau menghubungi Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia.

 


Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia