FOMCA menyarankan kajiansemua tambang bas ditanggungkan sehingga tahun 2009. Walaupun permohonan kenaikan berasas dari segi peningkatan kos operasi pengusaha tetapi bantuan untuk mengatasi beban pengusaha harus ditanggung oleh kerajaan pada masa ini.

Ini adalah untuk memberi masa untuk pengguna menyesuaikan kepada beban yang timpah dengan kenaikan harga petrol tidak lama dahulu. Pihak kerajaan harus merangka insentif dan bantuan untuk pengusaha bas mengatasi beban kos pengedalian.

PENGANGKUTAN AWAM


Tindakan menambahbaiki perkhidmatan pengangkutan awam harus disegerakan dengan penyelesaian kepada pemberian subsidi disel yang mencukupi kepada pengusaha bas.

Dalam keadaan tekanan peningkatan harga-harga barangan, tiada kenaikan tambang bas harus dipertimbangkan pada masa ini supaya ini tidak menambah kegawatan dihadapi sekarang.

Penjualan tiket-tiket bas oleh ulat-ulat di terminal-terminal bas harus dibenteras segera dengan penguatkuasaan yang berterusan dan tegas supaya tiada pengguna teraniaya di musim perayaan tidak lama lagi akibat penguatkuasaan bermusim ataupun tipuhelah pengusaha tidak berlesen. Kini banyak pihak mula menjual tiket-tiket musim Hari Raya Aidilfitri tanpa sebarang rujukan syarikat berlesen yang sah. 

Para pengguna juga harus membeli tiket dari kaunter bas yang sah supaya tidak terdedah kepada penipuan serta tidak memberi isyarat bahawa bersedia membayar tambang bas yang lebih tinggi.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA

Untuk keterangan lanjut hubungi Sdr Muhammad Sha'ani b. Abdullah 013-3363647)