Kereta yang besar boleh mempunyai kecekapan penggunaan bahan api yang tinggi berbanding kereta lama (5 tahun dan ke atas). Kereta lama tidak cekap  hampir 2 hingga 3 kali ganda berbanding model kereta erbaru di pasaran. Bagaimana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyelesaikan masalah ini?
 
Ini tidak membantu subsidi capai kepada golongan yang miskin. Kebanyakan rakyat miskin masih menggunakan pengangkutan awam yang padat seperti tin sardine dengan kualiti perkhidmatan yang teruk termasuk kekerapan perjalanan.

Kita berharap kerajaan membuat keputusan berdasarkan kajian yang betul dan bukannya andaian. Isu pokok di sini adalah penggunaan bahan api bagi sektor pengangkutan adalah lebih tinggi daripada sektor tenaga elektrik. Penambah baikan rangkaian pengangkutan awam dan capaian ke akar umbi akan membantu pengguna di Malaysia untuk menggunakannya. Tanpa peredaran yang besar bagi sektor pengangkutan penggunaan bahan api tidak dapat dikurangkan.
Beberapa perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang akan membantu mengurangkan subsidi kepada penggunaan bahan api:

Cukai kepada kenderaan import serta kendaraan yang di pasang di Malaysia sepatutnya berpandukan kecekapan penggunaan bahan api. Kecekapan yang tinggi sepatutnya dikurangkan cukai atau bebas cukai. Sebagai pulangan, kenderaan ini dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta pelepasan CO2.

Mempertingkatkan sistem pengangkutan awam melaui rangkaian tren. Singapura dan Jepun boleh dijadikan contoh yang baik. Jika kita boleh mencapai 50% pengguna di Malaysia menggunakan pengangkutan awam menjelang 2020, akan berlaku penjimatan yang besar dalam subsidi kepada bahan api, pengurangan CO2 serta pengurangan kesesakan lalulintas.. kini, hampir 20% pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Membantu pemilik kenderaan lama dengan dasar penamatan hayat kenderaan (end life vehicle policy). Dasar ini bukan sahaja membantu mengurangkan kereta lama yang banyak menggunakan bahan api, ia juga membantu mereka memiliki kenderaan baru dengan harga yang lebih berpatutan. Kenderaan lama mempunyai banyak kandungan logam yang bernilai tinggi pada masa sekarang. Penilaian dan pengumpulan yang berkesan dapat membantu sumber asli yang terperangkap dalam kenderaan ini digunakan semula secara cekap. Ia juga memberikan pulangan yang baik kepada pengguna.

Lakukan kajian yang teliti sebelum mengumumkan sebarang perubahan. Penilaian impak, analisis punca (root cause analysis), perubahan dan simulasi trend masa depan dapat membantu Malaysia melakukan keputusan yang sahih.

Pengumuman kini di lihat sebagai menerkam pengguna daripada hak untuk mendapatkan pilihan, ia merupakan salah satu daripada 8 hak pengguna antarabangsa. Berfikir sebelum bertindak.

Piarapakaran Subramaniam
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.