
KUALA LUMPUR: Cadangan Bank Negara (BNM) memperkenalkan klausa khas dalam pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) perlu dipantau dengan rapi bagi memastikan pelarasan harga yang akan dilaksanakan tidak membebankan pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata cadangan itu pada asasnya perlu disambut baik, kerana ia menyentuh isu utama yang sering dihadapi pengguna iaitu penolakan tuntutan atas alasan penyakit sedia ada.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1527433/klausa-khas-insurans-perubatan-kesihatan-usah-beban-pengguna#google_vignette
Bagaimanapun katanya, keberkesanan cadangan itu bergantung kepada bagaimana ia dilaksanakan.
"Tempoh perlindungan berterusan yang ditetapkan perlu munasabah dan tidak terlalu panjang sehingga manfaatnya menjadi terhad.