Knowing Children adalah suatu organisasi di Malaysia yang bekerja untuk hak kanak-kanak - dengan kanak-kanak (individu di bawah umur 18 tahun) . Pada awal tahun 2011, organisasi kami mula berkerja dengan kanak-kanak Malaysia untuk menyediakan  satu  ‘laporan hak kanak-kanak’. Laporan kanak-kanak ini akan dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama-sama dengan laporan rasmi Kerajaan Malaysia.

The Mousedeer Group adalah komuniti di Facebook yang ditubuhkan semata-mata untuk kanak-kanak Malaysia yang mempunyai akses kepada Internet agar mereka dapat berinteraksi serta belajar tentang hak kanak-kanak. Ahli-ahli daripada kumpulan ini telah berganding bahu untuk merangka satu ‘online survey’  untuk disebarkan kepada semua kanak-kanak lain  yang mempunyai akses kepada internet.  Dengan ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dapat menyumbang pendapat mereka dan ia dapat digunakan untuk menyediakan laporan kanak-kanak tersebut.


Justeru itu, kami memerlukan pertolongan daripada pihak anda untuk memastikan ‘survey’ ini disebarkan kepada kanak-kanak di seluruh Malaysia. Anda boleh membantu  dengan mengalakkan kanak-kanak yang anda kenal untuk menjawab ‘survey’ ini. Survey ini boleh didapati dalam Bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris bagi keselesaan setiap kanak-kanak.

Survey ini akan dikeluarkan secara berperingkat.  Setiap survey yang baru akan dikeluarkan pada hujung minggu (selama 8 minggu) sehingga 28 April 2012.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Mousedeer Group, sila layari laman web  Youtube kami di:

http://www.youtube.com/playlist?list=PL37F46BC24EE81D13&feature=plcp

‘Online survey’ boleh didapati di laman blog kami:

http://themousedeergroup.wordpress.com/survey-monkey/

Bantuan pihak anda dalam menyebarkan maklumat mengenai survey ini amat dihargai.  Sokongan anda akan memastikan kanak-kanak Malaysia dapat melaksanakan hak mereka.

Terima Kasih

Shalu Kalimuthu
Communications and Public Relations Officer
Knowing Children
No 31C (Third Floor)
Jalan 52/1 Petaling Jaya 46200
Selangor, Malaysia