PUTRAJAYA 24 Mac - Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan kegiatan scam yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutfi Hakim mendedahkan terdapat seorang individu menggunakan nama ‘Balu Kelvin’ di samping menggunakan emel ‘
Sehubungan itu, ujar Lutfi, pihaknya telah membuat satu laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak supaya siasatan dan tindakan lanjut dilakukan segera oleh pihak berkuasa.Ujarnya, perbuatan itu merupakan satu penipuan kerana menyamar sebagai pegawai menteri.“Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan termasuklah Seksyen 417 dan 419,” katanya. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd