May 11, 2022 6:55 pm KUALA LUMPUR, 11 MEI: Maklumat akaun bank yang digunakan sebagai akaun keldai akan dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan semua institusi kewangan supaya pemiliknya disenarai hitam daripada membuka akaun baharu.
Maklumat berkenaan juga akan disenaraikan dalam ‘Portal Semak Mule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang boleh diakses melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata trend jenayah komersil kini menyaksikan akaun keldai semakin berleluasa digunakan oleh penjenayah untuk menerima wang hasil daripada aktiviti penipuan dalam talian dan menerusi media sosial.
“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 29,769 akaun bank didapati digunakan sebagai akaun keldai, manakala bagi tahun ini sehingga 10 Mei lepas, sebanyak 1,669 akaun keldai direkodkan.
06 Januari 2022 BOLEH dikatakan setiap hari ada sahaja laporan berita tidak kira daripada agensi media mana sekalipun melaporkan isu mengenai penipuan dalam talian.
Bermacam-macam kes penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan, antaranya Macau Scam, penipuan pinjaman, pelaburan, Love Scam dan seumpamanya.
Walaupun kerap kes seumpama itu dilaporkan di media massa dan media sosial, malah pelbagai medium lain, agak pelik kes-kes berkenaan masih berlaku. Adakah perkara itu terjadi disebabkan masyarakat kita mudah ditipu?
September 22, 2021 @ 10:42am KUANTAN: Seorang pesara membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16,000 selepas ditipu anak saudaranya, bagi melepaskan anaknya yang ditahan polis bagi kesalahan berkaitan dadah, Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 62 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lelaki kononnya anggota polis berpangkat asisten superintenden (ASP) pada 6 Julai lalu, berhubung tangkapan anaknya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.
Kuantan: Gelap mata untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam masa singkat, seorang pekebun sayur di Cameron Highlands dekat sini, kerugian RM163,000 selepas diperdaya satu pelaburan yang dilihatnya di Facebook (FB).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mula tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas diperkenalkan seorang wanita bernama Winnie Wong.
Ogos 27, 2021 10:55 MYT KUANTAN: Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi membuat laporan polis mendakwa adiknya menjadi mangsa sindiket penipuan hingga mendorong keluarga membuat bayaran lebih RM11,000.
Pengadu berusia 24 tahun menerima panggilan daripada adiknya yang berusia 22 tahun pada Khamis meminta wang untuk membayar kos penginapan tempat kerja selepas diminta berbuat demikian oleh pengurusnya di Kuala Lumpur.