May 28, 2022 8:00 AM
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihatkan rakyat mengubah corak pembelian bagi mengelakkan berbelanja berlebihan kerana harga barang keperluan dijangka meningkat sehingga 60% pada bulan depan.

Dalam meminta kerajaan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat memerlukan, Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata, harga barang bukan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, sebaliknya bergantung kepada permintaan dan tawaran.

“Kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk menangani harga barangan berkenaan, tetapi bukan semuanya ditentukan kerajaan kerana ia tiada kuasa sepenuhnya dalam hal itu.

“Harga barangan bergantung kepada permintaan dan penawaran, kini ramai M40 dan B40 terkesan akibat kenaikan harga barangan dan kuasa membeli mereka turut berkurangan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/28/pengguna-perlu-bijak-kawal-pembelian-elak-berbelanja-lebih-fomca-ingatkan/