Portal berita KonsumerKINI  adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Kempen Konsumer Kebangsaan (3K). Portal ini merupakan projek bersama Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Portal ini dilancarkan di Petaling Jaya pada 05hb Januari 2010 oleh YB Datuk Seri Utama Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Portal berita ini bertujuan untuk menyalurkan pandangan-pandangan dan komen berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan semasa untuk digunakan oleh media, pihak-pihak yang berkepentingan dan juga untuk rakyat secara umum.

Portal ini juga akan menyediakan berita-berita yang terkini, tepat dan berita yang bebas dari pengaruh politik.  Laman berita ini boleh diakses dengan mudah tanpa sebarang bayaran agar semua rakyat di Malaysia boleh mengikuti tren terkini mengenai dunia kepenggunaan yang kian berubah dari semasa ke semasa kerana keadaan ekonomi dan alam sekitar yang tidak menentu.

Fokus portal media ini adalah seperti isu-isu terkini: isu umum, isu makanan, isu perumahan, pengangkutan awam, kesihatan, hak asasi manusia, polisi awam, pendidikan, alam sekitar, isu orang kurang upaya, saluran memorandum kepada kerajaan dan juga isu-isu lain yang berkaitan dengan kepenggunaan.

KonsumerKINI adalah peluang untuk pengguna di Malaysia untuk mendapatkan maklumat TERKINI yang perlu untuk menyokong usaha mereka menjalankan kehidupan sebagai pengguna berhemat iaitu prihatin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, alam sekitar dan generasi masa depan.