Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menukar fakta dan memutar belit isu pembangunan di Bukit Larut. Namun begitu, ramai yang tidak menyokong projek pembangunan tersebut berdasarkan jumlah penyokong facebook Save Bukit Larut, yang kini menjangkau 1,500.

Selain itu, menurut sumber Lembaga Air Perak, sebanyak 21.53 kilometer persegi kawasan di Bukit Larut merupakan kawasan tadahan air utama. Kebiasaannya, kawasan tadahan air utama disokong oleh kawasan sekunder yang merupakan kawasan hutan simpan di sekelilingnya. Gangguan kepada keadaan semula jadi hutan simpan ini akan memberikan impak kepada hampir 200,000 pengguna.


Pada tahun 1910, sebanyak 7,130 hektar tanah telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Bukit Larut. Tetapi kini hanya tinggal 2,747 hektar sahaja.  Apa yang telah berlaku kepada baki 4,383 hektar hutan simpan yang lain?

Kawasan 2,747 hektar ini bersamaan dengan 27.47 kilometer persegi. Ini bermakna hampir keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan tadahan air utama. Sepatutnya kawasan tadahan air sekunder lebih besar daripada yang terdapat apa yang terdapat di Bukit Larut. Mengapa kerajaan Perak ingin ingin menimbulkan masalah kepada pengguna dengan menganggu gugat hutan simpan ini.

Jika kualiti air mentah terjejas, kos perawatan air akan meningkat. Ini akan menyebabkan Lembaga Air Perak akan meningkatkan tarif bagi bekalan air di negeri Perak. Adakah wajar Kerajaan Negeri menghancurkan sumber air negerinya sendiri?

Piarapakaran Subramaniam
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)