PEKAN, 22 Feb — Tasik Chini berisiko kehilangan status rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).Bekas ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini berkata risiko ini tidak dapat dielak jika pembersihan tanah dan perlombongan terus dibenarkan, lapor New Straits Times.Datuk Seri Mushrifah Idris, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga berkata ia akan menjadi kerugian besar kepada negara jika status itu ditarik balik.“Status ini membolehkan kita menerima dana penyelidikan untuk membangunkan kawasan itu, termasuk mewujudkan limpahan ekonomi untuk masyarakat tempatan dan Orang Asli,” kata profesor itu.“Berdasarkan senario semasa, kita mungkin kehilangan status rizab biosfera jika tiada usaha pemulihan dilakukan. Aktiviti perlombongan perlu dilakukan secara sistematik.”Unesco menjalankan audit sekali setiap 10 tahun atas semua aspek. Audit seterusnya dijalankan bermula Mei hingga September tahun ini, melibatkan lawatan wakil agensi itu.Pada 1996, Tasik Chini menjadi tapak pertama di negara ini yang diberikan pengiktirafan berprestij itu oleh PBB, selain Banjaran Crocker di Sabah yang diterima pada tahun 2014.