See the source image20 Julai 2020
SHAH ALAM - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menjangkakan peningkatan kes kaunseling kewangan serta penstrukturan semula pinjaman melalui Program Pengurusan Kredit selepas tamatnya tempoh moratorium.

Keadaan itu diramalkan susulan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

Pengurus Besar (Operasi) AKPK, Nor Fazleen Zakaria berkata, dengan tempoh moratorium bakal berakhir pada 30 September ini, para peminjam perlu mula merancang kewangan bermula daripada sekarang.

“Jangan menunggu hingga saat akhir meskipun bayaran balik bermula pada bulan Oktober.

“Dengan merancang awal bermakna mereka perlu mengkaji kewangan sama ada mereka mampu untuk menyambung semula bayaran,” kata

nya kepada Sinar Harian.Menurutnya, AKPK yang ditubuhkan untuk membantu individu menguruskan kewangan telah bersiap sedia dengan tenaga kerja mencukupi bagi membantu orang ramai yang berdepan masalah kewangan daripada selepas moratorium.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/92971#
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf