PUTRAJAYA 24 Mac - Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan kegiatan scam yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutfi Hakim mendedahkan terdapat seorang individu menggunakan nama ‘Balu Kelvin’ di samping menggunakan emel ‘This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.’ telah menyamar sebagai Pengurus Perniagaan dan berkerja untuk Menteri Kewangan.“Pihak terlibat telah menghubungi individu tertentu melalui emel dan menawarkan mengaturkan pertemuan dengan Menteri Kewangan untuk tujuan perniagaan.“Perbuatan tersebut merupakan suatu penipuan oleh ‘Balu Kelvin’ itu yang menyamar sebagai pegawai kepada Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sehubungan itu, ujar Lutfi, pihaknya telah membuat satu laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak supaya siasatan dan tindakan lanjut dilakukan segera oleh pihak berkuasa.Ujarnya, perbuatan itu merupakan satu penipuan kerana menyamar sebagai pegawai menteri.“Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan termasuklah Seksyen 417 dan 419,” katanya. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/waspada-scam-guna-nama-guan-eng-1.868488#ixzz5jLcvWytl
© Utusan Melayu (M) Bhd