Wartawan: Apakah pandangan FOMCA mengenai isu ini?

J: Isu ini tidak patut diperbesarkan tanpa melihat apakah punca sebenar kenapa ia berlaku secara terperinci. Sepatutnya tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana ada banyak faktor sebenar yang perlu difahami, diteliti dan berfikirlah secara rasional bukan dijadikan isu hangat sehingga orang ramai menjadi marah. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya menyebabkan masalah menjadi bertambah rumit dan jika dibiarkan menjadi tidak terkawal yang akhirnya merosakkan negara.

 

S: Apakah punca sebenar ia berlaku?

J: Masalah kenaikan harga barang ada banyak faktor. Kita perlu lihat punca sebenarnya, pertama perubahan iklim dunia akibat bencana alam yang kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kita perlu terima hakikat banyak negara terjejas teruk akibat banjir besar, letupan gunung berapi, pemanasan global, tsunami,

 

salji turun berlebihan dengan cuaca sejuk melampau dan gempa bumi serta ribut salji. 
Perhatikan apa yang berlaku di India, Eropah, New Zealand, Australia, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Jepun yang dilanda bencana alam ini, semuanya  memberi kesan kepada tanaman  pertanian yang tidak dapat dihasilkan dengan baik, apatah lagi untuk dieksport.
Begitu juga dalam negara, akhir tahun banyak berlaku banjir di pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang paling buruk  dalam sejarah yang mana Kuantan hampir tenggelam sepenuhnya. 
Setiap hujung tahun nelayan tidak boleh ke laut akibat cuaca buruk dan harga ikan akan naik mendadak. Begitu juga di utara Semenanjung khususnya Kedah, nelayan tidak dapat turun ke laut akibat ribut serta ombak besar. 
Limpahan air sungai di Cameron Highlands tahun lalu, menyebabkan bukan saja nyawa melayang, lebih teruk lagi tanaman sayuran musnah dan akibatnya harga sayuran turut meningkat.  
Amat perlu semua pihak meneliti punca sebenar berlakunya  di semua peringkat, dalam negara dan global. Jangan terpengaruh dengan dakyah dan fitnah  menangkis maklumat sebenar.

 

S: Bagaimana faktor sikap rakyat kita?

J: Lihat pola pemakanan rakyat hari ini yang berubah akibat pembangunan pesat negara menyebabkan mereka tidak ada masa memasak di rumah kerana sibuk bekerja dan malam baru pulang ke rumah. 
Kesibukan kerja menjadikan warung, gerai atau restoran bagi yang berkemampuan tinggi men jadi tempat untuk menikmati hidangan sarapan pagi, tengah hari mahupun malam. Cuba ubah tabiat ini dengan memasak sendiri. 
Bila membeli sayuran atau ikan mahupun ayam atau daging pula di kedai yang dipastikan murah bukan di pasar raya besar yang berharga tinggi. Masyarakat perlu  bijak memilih tempat berbelanja barangan dapur. 
Tabiat makan rakyat negara ini juga banyak berubah kerana memilih lebih banyak menu Barat  berbanding tempatan. Contohnya sarapan pagi mereka lebih gemar memakan emping jagung dan susu berbanding roti canai atau nasi lemak yang menggemukkan demi ma menjaga kesihatan. 
Tengah hari ramai memakan sandwic atau makanan segera dan  malam, makan di restoran eksklusif yang hebat dan pastinya mahal. Kalau masak sendiri kos hidup pasti boleh dikurangkan.


S: Apakah cadangan FOMCA yang patut kerajaan laksanakan?

J: Kerajaan perlu mengubah dasar dengan berusaha menghapuskan monopoli syarikat tertentu yang menguruskan pengimportan produk makanan. Jika ini dapat dijayakan, harga pasaran boleh dikawal bila wujudnya persaingan lebih sihat. 
Monopoli menyebabkan syarikat terbabit berbuat sesuka hati mengawal harga makanan supaya mengaut untung besar. Begitu juga orang tengah yang menjadi peraih dengan membeli pada harga rendah daripada pembekal dan  menaikkan harga tinggi bila sampai ke peruncit. Akibatnya dia yang untung besar, pembekal dan pembeli tersepit.
Tindakan memotong subsidi minyak petrol RON 95 dan diesel 20 sen (2 September 2013), peman suhan subsidi gula 35 sen (26 Oktober 2013), semakan tarif elektrik  1 Januari lalu sebanyak 17 peratus tidak sepatutnya berlaku secara berturutan. Begitu juga sebelum ini, Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 iaitu sebanyak RM900 sebuIan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Per sekutuan Labuan memberi kesan besar.
Ini menyebabkan kenaikan kos sara hidup serta kos pengeluaran yang begitu mendadak contohnya, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), kenaikan tarif elektrik meningkatkan kos sebanyak dua angka, sektor pengilangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan kos satu hingga lima peratus. 
Industri makanan dan plastik menanggung kenaikan ke 25 peratus, industri besi dan keluli RM200 juta setahun. Tindakan kerajaan menangguhkan kenaikan kos tol amat dialu-alukan kerana ia pasti memberi kesan kepada pengguna.

 

S: Apa rakyat perlu buat?

J: Bagaimana poket tidak kering kalau tabiat pemakanan dan cara hidup tidak diubah, belum lagi bil telefon bimbit, tv kabel, internet, penyejuk udara dan barang berjenama mewah yang menjadi ikutan ramai sedangkan keadaan diri kurang berkemampuan.
Rakyat perlu mengubah cara hidup dengan lebih berjimat cermat, atur perbelanjaan setiap hari dan kawal penggunaan wang, jangan membeli b enda yang tidak penting.
Pastikan bila berbelanja membuat perbandingan harga di beberapa kedai, carilah yang berkualiti dan lebih murah.
Bila makan jangan membazir kerana mengikut laporan Alam Sekitar Dunia Jun 2013, sebanyak 15,000 tan makanan dibazirkan setiap hari. Jumlah ini boleh memberi makan 7.5 juta orang. Kuala Lumpur sahaja 3,000 tan sehari, antara 10 dan 15 peratus makanan tidak dimakan, kerana sebenarnya kita tidak boleh makan banyak.
Contohnya, lihat banyak makanan dibazirkan ketika majlis jamuan, memalukan ambil banyak, tetapi tidak habis dimakan. Kawal penggunaan telefon bimbit, bil naik jika digunakan berlebihan. 
Dalam erti kata lain pengguna Dalam erti kata Iain pengguna perlu bijak berbelanja, fikirkan kesejahteraan diri dan keluarga, lihat kemampuan diri baru berbelanja. Negara mengimport makanan RM35.3 bilion setahun, jika rakyat mengubah sikap, jumlah ini mampu dikurangkan.


S: Mengenai perjuangan memastikan hak pengguna sentiasa terbela, apakah tindakan FOMCA?

J: Kempen kesedaran pengguna dijalankan secara berterusan menerusi risalah yang disebarkan, ceramah serta turun padang memantau harga barang. FOMCA juga menyertai kempen yang dianjurkan mana-mana pihak termasuk FAMA menerusi Kempen Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani, Bulan Kewangan Berhemah.


S: Mengenai aduan kes dan penyelesaiannya?

J: Kita ada Pusat Aduan Khidmat Pengguna Nasional, semua aduan disalurkan di sini dan setakat 2012, sejumlah 41,963 kes didaftarkan dengan kerugian RM40,586,522.37. Antara 70 dan 80 peratus berjaya diselesaikan sendiri oleh FOMCA. Bagi data 2013 masih dalam proses pengumpulan dan akan disiapkan tidak lama lagi. 
Pada 2011, 40,637 aduan diterima dengan jumlah kerugian RM33,861,721.65 manakala 2010 pula 34,381 aduan dengan nilai kerugian kos RM224,301,900.
Setiap aduan diteliti dengan baik dan difailkan selepas itu dapatkan bukti, kawal, kumpulkan , fakta dan statistik, tulis surat aduan, ketahui undang-undang, ikuti perkembangan aduan dan gunakan media massa sebagai cara untuk membuat aduan.
Pengguna juga perlu tahu aduan berkenaan mengikut akta yang betul sama ada Akta Kawalan Harga 1946, Akta Makanan 1983, Akta Sewa Beli 1967 kerana ada 29 akta semuanya. FOMCA juga menyalurkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keng- gunaan (KPDNKK) mengikut keperluan.

 


 

Temubual diantara Wartawan Berita Harian dan Presiden FOMCA. Akhbar bertarikh 25 Febuari 2014.