PETALING JAYA, 21 FEBRUARI 2017 - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2017.

Pertandingan Kepenggunaan HPM 2017 ini merupakan acara tahunan kali yang ke-16, dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), serta disokong oleh pelbagai pihak, seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Standards Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebagainya. 

Sebanyak 12 jenis pertandingan dijalankan pada tahun 2017, iaitu:
1.    Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
2.    Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
3.    Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
4.    Pertandingan Blog Kepenggunaan
5.    Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
6.    Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
7.    Pertandingan ‘Speak Up’
8.    Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
9.    Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
10.   Anugerah Guru HPM 2017
11.   Pertandingan MySwitch
12.   Pertandingan Cabaran Kewangan-Allianz Finance Challenge


Sambutan Penyertaan Pertandingan Menggalakkan
Pertandingan kepenggunaan HPM mendapat penyertaan yang amat menggalakkan pada setiap tahun, Pertandingan ini telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Penyertaan Terbanyak bagi Pertandingan Kepenggunaan pada tahun 2010, 2012 dan 2014. Pada tahun 2016, pertandingan kepenggunaan ini telah menerima sebanyak 120,561 penyertaan berbanding 131,903 penyertaan pada tahun 2015.
Pada tahun ini, FOMCA sekali lagi akan menganjurkan “Pertandingan Cabaran Kewangan” buat kali kedua dengan kerjasama Allianz Malaysia Berhad. Dalam pertandingan ini, para pelajar dikehendaki untuk merancang bajet perbelanjaan bagi lawatan sambil belajar secara berkumpulan dengan menghantar kertas kerja dan video berdurasi 8 minit.
Sebanyak RM300,000 hadiah yang diperuntukkan sebagai hadiah keseluruhan pertandingan. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup penyertaan 
Tarikh tutup pertandingan kepenggunaan HPM 2017 pada 23 Jun 2017. 
Pihak sekolah berminat untuk menganjurkan sesi ceramah dan pertandingan di sekolah mereka, boleh menghubungi urus setia pertandingan di 03-7877 4741.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2017 boleh diperoleh di laman sesawang: www.mypengguna.com.