Biasanya pembeli rumah lelong hanya dapat melihat rumah yang dibeli selepas proses pembelian selesai. Oleh itu, pembeli hanya bergantung kepada proklamasi jualan untuk mendapatkan butir-butir hartanah seperti nombor hak milik, nombor lot keluasan, tanah pemilik berdaftar dan sebagainya.

Pelelong yang berlesen pula bergantung kepada laporan jurunilai hartanah untuk mengetahui tentang perihal hartanah seperti berapa tingkat rumahnya atau mempunyai berapa bilik dan sebagainya.

Seorang pembeli yang berjaya dalam bidaannya untuk membeli hartanah di di lelongan awam terkejut apabila mendapati rumah tersebut hanya mempunyai satu bilik tidur, tidak seperti seperti yang dinyatakan dalam perisytiharan jualan, yang mengatakan bahawa rumah tersebut memiliki dua buah bilik tidur.

Beliau telah membuat aduan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) apabila beliau gagal mendapatkan ganti rugi daripada pihak-pihak yang terlibat dalam lelongan itu seperti bank, pelelong lesen dan jurunilai, yang masing-masing tidak mahu bertanggungjawab di atas masalah tersebut.

Atas usaha NCCC, beliau telah berjaya mendapatkan ganti rugi sebanyak RM13,000 apabila jurunilai mengambil tanggungjawab ke atas kesilapan itu.

Perlukah pihak jurunilai membuat pembayaran ganti rugi jika mereka membuat tugas dengan tanggungjawab?

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)