Dengan pertumbuhan pesat produk-produk yang berasaskan teknologi nano, para penyelidik, pengeluar, penguatkuasa dan pengguna semakin bimbang dengan keselamatan mereka dan kesan teknologi ini kepada  persekitaran. 

Untuk membantu mengatasi masalah ini, ISO telah menerbitkan Standard Antarabangsa (ISO) untuk menyokong ujian (Inhalation Toxicity) partikel nano.

Potensi teknologi nano adalah sangat besar, dan terdapat pelbagai aplikasi  dari teknologi ini seperti ubat, kecantikan, teknologi maklumat, dan makanan.

Tetapi, sebagai satu teknologi yang baru, para saintis masih perlu mempelajari pelbagai maklumat, cirri-ciri, dan kesan mengenai teknologi nano ini. Dr Peter Hatto, Pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam pembangunan standard ini menjelaskan bahawa, "Dengan pengembangan yang pesat aplikasi teknologi nano ini,  terdapat pula risiko pembebasan partikel nano yang toksik kepada pekerja- pekerja dalam industri yang berasaskan teknologi ini.

Tambahan pula jika terdapat partikel nano yang boleh dibebaskan ke udara dan boleh wujud pada medium udara, orang awam boleh juga terjejas dari segi kesihatan. Maka adalah penting untuk memastikan kesihatan perkerja- pekerja dan pengguna secara lazimnya dijaga. Ujian-ujian yang dimonitor secara rapi telah digunakan untuk mengetahui tahap toksik yang dibebaskan ke udara oleh partikel nano ini. 

Standard baru, ISO 10808:2010, Nanotechnologies – Characterization of nanoparticles in inhalation exposure chambers for inhalation toxicity testing in memastikan  keputusan ujian ini boleh dipercayai dan sah. Standard ini telah dibangunkan oleh ISO /TC 229, Nanotechnologies dan boleh didapati secara online di laman web ISO. 

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia