Kesunyian malam kini telah bertukar dengan bunyi “boom” letupan mercun. Di mana-mana sahaja kita berada sama ada di kota atau desa, kemeriahan bermain mercun dapat dirasai. 

Mercun dan perayaan bagai tidak dapat dipisahkan dengan musim perayaan. Di Malaysia, pembakaran mercun adalah  diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991.

Namun saban tahun kita digemparkan dengan kes kecederaan akibat bermain mercun, tetapi masyarakat masih tidak peduli akan bahana bermain mercun. Mercun bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan, malah boleh mengakibatkan kematian dan kerosakan harta benda.

Ironinya, masyarakat masih belum dapat menerima perayaan tanpa mercun. Mercun bagaikan tanda simbolik sempena musim perayaan. walaupun penguatkuasaan telah diambil sama ada terhadap penjualan mercun atau individu yang bermain mercun. Namun setiap tahun kes kecederaan dan kerosakan harta benda akibat bermain mercun terus meningkat.

Sebagai pengguna yang bijak, masyarakat harus sedar bahawa bermain mercun tidak memberikan apa-apa faedah, bahkan boleh mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda. Malah bermain mercun adalah suatu pembaziran.

Tan Han Yee
ERA Consumer Malaysia