Kementerian Kesihatan, dalam satu kenyataannya, telah membatalkan pendaftaran tiga produk kecantikan kerana dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone.

Produk-produk tersebut ialah:

  1. Zara Rejuvenation Cream keluaran Mum Bio Cos Manufacturing Sdn Bhd,
  2. Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream keluaran Beauty Line Skin Care & Cosmetic Sdn Bhd, dan
  3. Pigmentation Recovery Complex keluaran Mycreme Skin Care Products.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ia menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.


Kedua-dua bahan itu boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi menyebabkan kulit terdedah kepada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh membawa kepada kanser kulit.

Jayasilan Kandasamy
National Consumer Complaints Centre (NCCC)