Alat permainan berikut telah ditarik balik dari pasaran oleh U.S Consumer Product safety Commission bersama- sama dengan St. Martin’s Press LLC, New York kerana didapati mengandungi kandungan plumbum pada tahap yang tinggi. Alat permainan yang berbentuk buku tersebut adalah “ Big Rex and Friends Cloth Books”. Tajuk buku ini mempunyai nombor ISBN 031249260X. Bilangan alat permainan yang telah ditarik balik adalah sebanyak 204,000 unit.


Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia memandang serius mengenai perkara ini kerana di Malaysia, standard keselamatan untuk alat permainan belum lagi dijadikan mendatori dan peraturan keselamatan alat permainan belum lagi dikuatkuasakan. Setakat ini terdapat tujuh jenis peraturan kanak- kanak yang akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kooperasi & Kepenggunaan pada bulan Julai 2010.

Sehingga itu, Persatuan Pengguna- Pengguna Standard berpendapat bahawa adalah penting bagi pengguna untuk lebih berhati- hati dalam membeli alat – alat permainan untuk anak- anak mereka.

Notis mengenai tahap keselamatan alat permainan ini telah dihantar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi & Kepenggunaan untuk mendapatkan status terkini mengenai penarikan balik alat permainan ini.

 

 

 

Contoh “ Big Rex and Friends Cloth Books” yang telah ditarik balik dari pasaran

18hb Januari 2010
Ms. Mohana Priya
Manager - Information, Standards & Quality
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.