Ubat pengurangan berat badan boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang. Ramai orang ingin mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat dengan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan.

Mereka juga terperdaya dengan dakwaan pengeluar ubat-ubatan bahawa ubat tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengguna hendaklah memastikan sama ada dakwaan tersebut adalah benar. Mereka  perlu menghubungi KKM untuk mendapatkan kepastian sama ada produk tersebut tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.  Berapa ramai yang membuat seperti ini?

Kebanyakannya hanya akan bertindak selepas ubat-ubatan yang diambil itu memberikan kesan yang tidak diingini.

Pengambilan ubat-ubat pengurangan berat badan ini tidak memberi kesan kepada penurunan jika pengambilan makanan tidak seimbang dan keterlaluan. Pengguna boleh makan makanan yang seimbang untuk menjaga berat badan mereka daripada menjadi gemuk. Mereka juga boleh mengambil makanan yang mempunyai kurang kandungan lemak.

Pengambilan ubat-ubatan untuk pengurangan berat badan yang salah yang boleh memberikan kesan sampingan kepada sistem badan. Senaman adalah kaedah yang paling baik dan berkesan dalam usaha untuk mengurangkan berat badan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)