Kita kini sedang mengalami suatu cabaran yang besar dalam menangani wabak dan penyakit yang semakin menular di kalangan Dengan ancaman virus HINI terhadap kehidupan manusia terutamanya bagi golongan yang mudah dijangkiti seperti golongan wanita yang mengandung, kanak-kanak dan dewasa, setiap hari, ramai yang menjadi mangsa kepada virus tersebut. Sesetengah selsema boleh menjadi lebih seriuslagi terutamanya dengan  perebakan HINI.

Di sekolah, adalah amat penting bagi guru untuk mendedahkan kepada pelajar cara amalan kebersihan yang baik. Dalam pada itu, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia telah menjalankan suatu penyelidikan mini dikalangan pelajar sekolah di sekitar Malaysia berkenaan dengan keracunan makanan, kemudahan tandas dan amalan membasuh tangan. Amalan membasuh tangan apabila dilakukan  dengan baik, ia adalah diantara suatu cara yang terbaik untuk menghindari daripada masalah kesihatan. Amalan yang mudah tersebut hanya memerlukan sabun dan air.

Hasil kajian tersebut menunjukkan sebanyak 15% pelajar tidak membasuh tangan sebelum makan pada masa rehat dan 41.7% pelajar menyatakan bahawa mereka hanya membasuh tangan kadang-kadang. Apabila ditanya bahawa adakah mereka membasuh tangan selepas menggunakan tandas, sebanyak 36.8% menyatakan bahawa mereka tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan 26.6% menyatakan mereka hanya melakukannya kadang-kadang atau langsung tidak. Jika kita menggabungkan mereka yang tidak membasuh tangan dengan yang melakukannya hanya kadang-kadang, ia adalah berjumlah 63.4% dan ini menunjukkan suatu jumlah yang penting. Pelajar-pelajar yang sedemikian menjurus diri mereka ke dalam risiko mendapat jangkitan.

Dalam erti kata yang lain, ia dikenali sebagai “fecal oral transmission”. Ia adalah bertambah buruk jika pelajar yang sama tidak membasuh tangan sebelum makan, mempunyai risiko yang tinggi dalam masalah kesihatan berkenaan  seperti  “salmonella” dan “E.coli” dan kes  paling lazim yang kita sering lihat dalam surat khabar adalah keracunan makanan.

Pelajar-pelajar juga disoal mengenai penyediaan sabun di tandas dan kantin. Berdasarkan kajian, ia menunjukkan bahawa sebanyak 65.6% daripada pelajar menyatakan bahawa pihak sekolah tidak membekalkan sabun di tandas atau kantin untuk pelajar. Pelajar juga memberi komen bahawa jika dibekalkan sabun sekalipun ia merupakan sabun pencuci pinggan mangkuk dan ia adalah cair seperti air. Sebanyak 14.7% daripada mereka menyatakan bahawa sabun hanya dibekalkan kadang-kadang.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 96.4% daripada pelajar mahu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan mencuci tangan kepada mereka terutamanya sabun. Sebanyak 84% pelajar percaya bahawa kemudahan sedemikian boleh mengurangkan keracunan makanan dan masalah kesihatan yang lain di sekolah.

Pembasuhan tangan dengan hanya menggunakan air tidak dapat membunuh kuman. Sabun tentu diperlukan. Sesetengah sekolah menyediakan bahan pencuci dalam bekas atau pencuci pinggan mangkuk jenis cecair dalam bekas bagi kegunaan pelajar, tetapi ini adalah kaedah yang tidak sesuai. Sebaliknya, sabun pencuci tangan bercecair dari botol pam perlu disediakan untuk mengurangkan penjangkitan.

Dalam konteks makanan pula, sebanyak 33.3% pelajar menyatakan bahawa makanan di kantin adalah tidak sihat. Terdapat sebahagian pelajar yang memberi komen bahawa kebanyakan makanan adalah makanan segera dan tidak banyak buah-buahan dan sayuran segar. Mereka juga beraduan bahawa makanan di kantin tidak sedap dan sangat mahal.

Kami meminta Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran  untuk  memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini. Perkara ini perlu diwajibkan bagi setiap sekolah untuk membekalkan sabun kepada pelajar bagi menggalakkan mereka mencuci tangan. Makanan yang disediakan perlulah makanan yang seimbang dan bukan makanan segera.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia