PETALING JAYA, 17 MAC 2015 - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2015.

Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015 ini merupakan acara tahunan kali yang ke-14, dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), serta disokong oleh pelbagai pihak, seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Standards Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebagainya. 

Sebanyak 13 jenis pertandingan dijalankan pada tahun 2015, iaitu:

1.    Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
2.    Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
3.    Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
4.    Pertandingan Blog Kepenggunaan
5.    Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
6.    Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
7.    Pertandingan Montaj Video
8.    Pertandingan ‘Speak Up’
9.    Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
10.    Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
11.    Kempen Penjimatan Air `MyWater’
12.    Anugerah Guru HPM2015
13.    Pertandingan MySwitch


Sambutan Penyertaan Pertandingan Menggalakkan


Pertandingan kepenggunaan HPM mendapat penyertaan yang amat menggalakkan pada setiap tahun, Pertandingan ini telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Penyertaan Terbanyak bagi Pertandingan Kepenggunaan pada tahun 2010 dan 2012. Pada tahun 2014, pertandingan kepenggunaan ini menerima sebanyak 129,509 penyertaan, yang melayakkan ia disenaraikan sekali lagi dalam Malaysia Book of Records
Peningkatan penyertaan ini disebabkan oleh lebih banyak promosi pertandingan diadakan di seluruh negara, iaitu sesi penerangan di sekolah-sekolah rendah dan pertandingan mewarna yang diadakan di pasar raya Giant, sekolah rendah dan pusat Komuniti. 
Sebanyak RM250,000 hadiah keseluruhan yang diperuntukkan sebagai hadiah keseluruhan pertandingan. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup penyertaan dan tarikh akhir penyerahan projek

Tarikh tutup pertandingan kepenggunaan HPM 2015 pada 3 Julai 2015. Bagi pertandingan Speak Up, kumpulan yang terpilih akan memulakan projek pada bulan Jun dan perlu diselesaikan pada pertengahan bulan 30 September 2015. 
Pihak sekolah berminat untuk menganjurkan sesi ceramah dan pertandingan di sekolah mereka, boleh menghubungi urus setia pertandingan di 03-7877 4741.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2015 boleh diperoleh di laman sesawang: www.mypengguna.com.

 

 



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi, FOMCA
(Tel: 03 – 7877 4741 / 013-348 4990; E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)