Untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka
Ciri Utama Dana BNM untuk Rumah Mampu Milik
| 
 Terma  | 
 Ciri-Ciri  | 
| 
 Kelayakan  | 
 • Warganegara Malaysia • Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM2,300 • Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri • Peminjam tunggal atau peminjam bersama • Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu  | 
| 
 Harga harta tanah  | 
 Sehingga RM150,000  | 
| 
 Margin pembiayaan  | 
 Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful  | 
| 
 Jenis harta tanah  | 
 Harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja  | 
| 
 Kadar pembiayaan  | 
 Sehingga 3.5% setahun  | 
| 
 Tempoh pembiayaan  | 
 Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah  | 
| 
 Pendidikan kewangan  | 
 • Modul pendidikan kewangan mandatori dalam talian disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu bakal peminjam memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah. • Modul itu boleh diakses daripada portal Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my mulai 3 November 2018  | 
| 
 Moratorium penjualan harta tanah  | 
 5 tahun  | 
Pusat Hubungi Institusi Kewangan yang Mengambil bahagian
| 
 AmBank (M) Berhad (AmBank)  | 
 :03-2178 8888  | 
| 
 Bank Simpanan Nasional (BSN)  | 
 :1-300 88 1900  | 
| 
 CIMB Bank Berhad (CIMB)  | 
 :03-6204 7788  | 
| 
 Malayan Banking Berhad (Maybank)  | 
 :1-300 88 6688  | 
| 
 RHB Bank Berhad (RHB)  | 
 :03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia);  | 
082-276118 (Sabah dan Sarawak)
Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK)