Pusat Internet Desa (PID) seluruh negara akan ditambah baik terutama melibatkan kelajuan jalur lebar. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith berkata fungsi dan perkhidmatan PID juga akan ditingkatkan mengikut keperluan masyarakat setempat.

Sebanyak 42 PID telah diwujudkan di seluruh negara sejak 2004 bagi memudahkan akses maklumat kepada penduduk luar bandar.