Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melaporkan potensi kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit kepada pengguna dalam sektor automotif. NCCC mencatatkan aduan pengguna dalam sektor automobil yang melibatkan produk yang bernilai lebih RM135 juta ringgit (kereta, alat ganti kereta/ bengkel kereta) daripada 2010 sehingga 2013. Kereta tempatan walaupun import dalam kebanyakan kes menghabiskan masa di bengkel daripada pemilik atau di jalan raya. Tambahan pula, nilai produk yang terlibat dalam aduan pengguna mencecah RM12 juta ringgit. 

Dengan rangkaian pengangkutan awam dan prestasi perkhidmatan yang lemah, memiliki atau mempunyai kenderaan persendirian hampir tidak boleh diketepikan oleh rakyat Malaysia. Malaysian Automotive Association telah melaporkan lebih daripada

600,000 kereta baru telah mula digunakan di Malaysia pada tahun lepas, dan kemungkinan pada tahun-tahun yang akan datang memadatkan lagi jalan raya dan tempat letak kereta. Memandu ke kerja telah menjadi satu perkerjaan harian yang memenatkan tambahan lagi dengan tekanan untuk membayar pinjaman kereta mereka, tiada agensi tunggal yang melindungi pemilik kereta daripada kereta yang berkualiti rendah dan sifat kompleks pelbagai agensi yang menyelia bahagian-bahagian sektor automobil. 

Pengenalan dan Penguatkuasaan Undang-undang Lemon di Malaysia akan memperkukuhkan sistem perlindugan pengguna yang sedia ada. Mengikut Undang-Undang lemon, sekiranya pengguna memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka akan layak untuk mendapat pampasan yang adil daripada pembelian produk-produk yang rosak atau yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Di negara-negara maju, pengguna-pengguna menikmati undang-undang Lemon yang telah dilaksanakan, dimana antara pampasannya melibatkan pulangan wang semula dan pengantian kereta yang telah rosak. Undang-Undang Lemon boleh juga diaplikasikan dalam sektor elektrik dan elektronik dan produk perabot. Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) bersama-sama Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) dalam persiapan mengadakan sebuah seminar yang akan membincangkan  prinsip “Lemon Law” secara terperinci dan mendalam. Seminar ini akan disertai speaker- speaker yang cukup berwibawa dan mempunyai pengalaman yang luas dalam prinsip “lemon law” ini.