Perkhidmatan perbankan adalah satu perkhidmatan yang amat penting. Dalam arus pembangunan yang berteknologi tinggi, setiap pengguna tidak terkecuali daripada menggunakan perkhidmatan ini tidak kira apa juga kedudukannya.

Perkhidmatan perbankan atas talian merupakan usaha untuk mencapai globalisasi. Namun adakah ia sudah mencukupi? Dalam erti kata sebenar, ia tidak lagi menjadi suatu perkhidmatan global.

Setiap hari beribu-ribu rakyat malaysia bergerak ke pelbagai negara demi pelbagai urusan kerja, pendidikan dan perlancongan. Bagi memudahkan urusan, mereka banyak menggunakan perkhidmatan atas talian.

Adakah sistem perbankan dapat memberi kemudahan kepada berjuta-juta pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kewangan?

Suatu bentuk perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa diperlukan bagi memenuhi keperluan pengguna dan kehendak semasa.

Perkhidmatan perbankan seharusnya memperluas perkhidmatan mereka, bukan sekadar perkhidmatan atas talian, tetapi perkhidmatan lain, seperti ATM. Dalam era globalisasi dan kemudahan teknologi sedia ada, institusi perbankan mampu menyediakan perkhidmatan perbankan elektronik di mana-mana sahaja di dunia ini. 

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)