Apabila FOMCA menulis surat terbuka menentang projek ini pada awal tahun ini, Sime Darby menjawab dengan jawapan terbuka bahawa mereka boleh memberikan ‘Bantuan kewangan dan teknikal’. Pihak kami telah menjawab, kami berpegang teguh akan pendirian kami dan menolak tawaran mereka untuk memastikan laporan yang adil dapat dilakukan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada emel-emel, panggilan dan surat-surat kepada pegarang yang ditulis oleh semua pihak.

Isu utama projek pengektrakan air bawah tanah ini adalah, Sime Darby menggunakan contoh negara-negara yang mengalami masalah alam sekitar disebabkan pengekstrakan air bawah tanah dan Kajian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment-EIA) mereka laksanakan adalah meragukan.

Sime Darby mendakwa bahawa mereka menggunakan teknologi canggih; dalam pengekstrakan air bawah tanah, kita memerlukan sistem pengepaman yang baik. Ini tidak membuktikan ianya mesra alam kerana teknologi ini digunakan untuk mengalirkan air dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Kenyataan mereka adalah seperti meminta negara menebang hutan kita dan menanam pokok kelapa sawit yang ‘hijau’. Sekiranya pokok kelapa sawit adalah hijau, ia akan menjadi mesra alam dan habitat baru kepada semua. Tetapi, hakikatnya adalah sebaliknya. Lading-ladang kelapa sawit memberikan impak yang serius kepada alam sekitar.

FOMCA, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dan Forum Air Malaysia telah menerbitkan laporan kami dalam bentuk buku dan akan dimuatnaikkan ke laman-laman web kami untuk makluman umum tidak lama lagi. Buku-buku ini juga akan diberikan kepada semua 222 Ahli Parlimen, ahli Senat, Exco negeri dan agensi-agensi serta kementerian-kementerian yang berkaitan. Ini adalah bagi memberikan peringatan kepada negara akan dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh Sime Darby.

Kami berharap kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak rakyat. Persoalan yang masih timbul adalah, mengapa satu Syarikat Milik Kerajaan (GLC) tida mengikut Dasar Teknologi Hijau yang digubal oleh kerajaan?

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA