Dasar Teknologi Hijau yang diumumkan baru-baru ini akan diuji melalui penambahbaikan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang baru. NAP yang lama membuat pemilikan kenderaan yang lebih senang tetapi ia tidak komprehensif terhadap perlindungan pengguna. Ini dapat dilihat melalui kenaikan subsidi bahan api dan isu-isu ‘hire-purchase’.

Ketidakstabilan harga bahan api baru-baru ini telah memaksa kerajaan untuk menjanjikan Pengangkutan Awam yang dinaiktaraf dan lebih baik. Tetapi, hakikatnya di akar umbi masih tidak kelihatan.

Jabatan Alam Sekitar telah merekod dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling bahawa sebanyak ---- peratus pelepasan CO2 adalah berpunca daripada sektor pengangkutan. Ini juga bermakna pegurangan besar dalam penggunaan bahan api dapat mengurangkan pelepasan CO2. Keputusan sebegini hanya boleh dicapai melalui pengangkutan awam yang efisyen, mudah serta mesra pengguna yang menggalakkan lebih ramai untuk menggunakannya.

Isu kedua adalah kecekapan kenderaan itu sendiri. Pengguna-pengguna di Malaysia berhak mendapat kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan api serta kenderaan yang menggunakan sumber tenaga alternatif yang dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan CO2. Jika terdapat kereta asing yang lebih cekap dalam pengunaan bahan api dan mesra alam, ia sepatutnya mendapat pelepasan cukai. Kenderaan yang tidak cekap dan mencemar patut dikenakan cukai. Melalui kaedah ini, pengeluar kenderaan akan memastikan kenderaan berkualiti menjadi capaian pengguna di Malaysia. Kita juga bukan pengguna kelas kedua.

Isu ketiga adalah pegurusan trafik. Meletakkan lebih banyak kenderaan di jalan raya hanya akan menyebabkan masalah meletakkan kenderaan (parking), kesesakan trafik dan tidak dilupakan pencemaran. Mengapa perhubungan ini tidak di lihat dahulunya? Apabila pembelian kenderaan bertambah ketumpatan aliran kenderaan bertambah. Ini dapat di lihat di mana-mana. Adakah ini kegagalan dalam perancangan atau penyepaduan atau kedua-duanya sekali?

Akhirnya, Skim Kendaraan Tamat Hayat (End Life Vehicle-ELV) tidak wujud.  Skim ini membantu pengguna bertukar kepada kenderaan baru dengan harya yang lebih berpatutan. Banyak negara telah melaksanakan skim ini dan melalui skim ini industry baru telah bertapak di Jepun dan Amerika Syarikat. Industri-industri ini mengitar semula kenderaan guna pakai kepada bahan mentah seperti logam dan resin plastic. Berdasarkan statistik hampir 90 peratus komponen kenderaan dapat dikitar semula berdasarkan berat. Skim ini juga akan membantu dalam pengurangan pencemaran, peningkatan dalam kecekapan penggunaan bahan api, dan lebih-lebih lagi sumbangan kepada alam sekitar.

Sambil kita menanti ketibaan dasar ini, FOMCA berharap penyepaduan yang berkesan dalam pengubalan dasar dapat dilaksanakan supaya tindakan rakyat didahulukan dapat dijalankan. Rakyat mempunyai hak untuk menikmati alam sekitar yang sihat untuk didiami.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA