Bersempena dengan Kempen Konsumer Kebangsaan, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah menganjurkan ”Kem Cabaran-Eko Remaja” pada 4 – 6 Jun 2009. Seramai 40 orang peserta berumur 13 – 14 tahun akan menyertai kem ini.

Matlamat kem ini ialah:

  • Untuk menanam nilai-nilai penggunaan berhemat untuk menggalakkan tindakan secara individu dan berkumpulan demi kebaikan diri dan masyarakat.
  • Untuk  melahirkan kefahaman bahawa  individu dan masyarakat juga memainkan peranan  penting dalam perubahan sikap ke arah isu-isu penggunaan dan alam sekitar.
  • Untuk menggalakkan dan membimbing remaja menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan diri pada masa ini dan masa hadapan.
  • Untuk memperkasakan remaja menjadi ejen yang aktif dalam penggunaan lestari dan saksama.

Melalui kem ini, para remaja ini, bukan sahaja dapat mengamalkan gaya hidup yang bersesuaian dan berhemat,  dan juga akan berperanan secara aktif sebagai penganjur dan pendidik dalam membentuk generasi pengguna baru yang bertanggungjawab dan mempunyai daya ketahanan diri.
Hari kedua di kem akan disambut sempena Hari Alam Sekitar Sedunia – 5 Jun 2009.

 

Hari Alam Sekitar Sedunia adalah prinsip penggerak, yang melaluinya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menimbulkan kesedaran alam sekitar di seluruh dunia serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.
Perubahan iklim kini disifatkan sebagai suatu cabaran yang hebat pada zaman ini.

Di antara kesan pencemaran dan perubahan iklim yang berlaku ialah:

  1. Untuk menanam nilai-nilai penggunaan berhemat untuk menggalakkan tindakan secara individu dan berkumpulan demi kebaikan diri dan masyarakat.
  2. Untuk  melahirkan kefahaman bahawa  individu dan masyarakat juga memainkan peranan  penting dalam perubahan sikap ke arah isu-isu penggunaan dan alam sekitar.
  3. Untuk menggalakkan dan membimbing remaja menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan diri pada masa ini dan masa hadapan.
  4. Untuk memperkasakan remaja menjadi ejen yang aktif dalam penggunaan lestari dan saksama.
Melalui kem ini, para remaja ini, bukan sahaja dapat mengamalkan gaya hidup yang bersesuaian dan berhemat,  dan juga akan berperanan secara aktif sebagai penganjur dan pendidik dalam membentuk generasi pengguna baru yang bertanggungjawab dan mempunyai daya ketahanan diri.
Hari kedua di kem akan disambut sempena Hari Alam Sekitar Sedunia – 5 Jun 2009.

Hari Alam Sekitar Sedunia adalah prinsip penggerak, yang melaluinya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menimbulkan kesedaran alam sekitar di seluruh dunia serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.
Perubahan iklim kini disifatkan sebagai suatu cabaran yang hebat pada zaman ini.

Di antara kesan pencemaran dan perubahan iklim yang berlaku ialah:
  • Kehabisan sumber alam semula jadi yang tidak dapat dikembalikan termasuk makanan dan bekalan bahan api
  • Penggunaan tanah yang tidak lestari atau tidak terancang
  • Menyebabkan kepupusan flora dan fauna
  • Suhu meningkat
  • Keadaan cuaca yang melampau
  • Kekurangan makanan
  • Hujan yang berkurang
  • Peningkatan pada paras laut
  • Kesan Ekonomi yang teruk
Tema Hari Alam Sekitar 2009 ialah “ Planet Anda Memerlukan Anda! Bersatulah Menghadapi Perubahan Iklim”. Ia merupakan seruan kepada semua pihak, terutamanya golongan remaja, untuk melibatkan diri, memikirkan semula pola penggunaan dan perbelanjaan seseorang, yang kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat terhadap kesejahteraan psikologi seseorang. Begitu juga ia berkait rapat dengan pembaziran, pelepasan gas rumah hijau dan mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang lestari.

Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
  1. Kegawatan ekonomi dan kewangan yang melanda dunia merupakan satu panggilan sebenar untuk membangunkan semua pihak, menjadi penggera terhadap keperluan untuk menggantikan corak pertumbuhan yang lama dan melakukan transisi kepada era baru pembangunan yang lebih hijau dan bersih. Tema – ”Planet Anda Memerlukan Anda” bermaksud untuk memberi inspirasi kepada semua pihak.
Malaysia ialah sebahagian daripada dunia dan juga tidak terlepas daripada kesan perubahan iklim. Kita telah mengalami bekalan ikan yang semakin berkurangan, cuaca yang semakin panas, dan banjir yang luar biasa dan kes deman denggi yang banyak.

Media merupakan pihak yang penting dan memainkan peranan yang kritikal dalam menyebarluaskan isu-isu, menimbulkan kesedaran dan kepentingan awam serta memberikan tekanan kepada semua pihak – pengguna, sektor swasta, kerajaan, masyarakat – bagi mengambil tindakan yang konkrit berkaitan dengan alam sekitar dan iklim.

“PLANET ANDA MEMERLUKAN ANDA”