Penghasilan sampah di Malaysia pada masa kini direkodkan sebanyak 30 tan sehari dan dijangka akan meningkat menjadi 33 tan sehari sepanjang tahun 2014 ini . Angka yang dijangka hanya akan berlaku pada tahun 2020 telah berlaku lebih awal dari jangkaan iaitu 7 tahun lebih awal.  Adakah peningkatan ini disebabkan kita tidak mengamalkan sikap kitar semula seperti yang diamalkan di Negara-negara lain? Adakah kita semakin membazir sehingga menyebabkan peningkatan jumlah sampah?

Di Malaysia setakat ini, jumlah sampah yang dikitar semula masih ditahap rendah iaitu pada tahap 10 peratus. Statistik juga menunjukkkan di Bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur, purata sampah yang dihasilkan oleh seorang individu mencecah sehingga 1.2 kilogram sehari yang mana jumlah ini adalah tinggi dari yang sepatutnya iaitu 0.8 kilogram sehari dan ia dijangka meningkat sebanyak 3.59 oeratus setiap tahun. Autria, Jerman dan Belgium adalah antara Negara tertinggi kadar kitar semula dengan masing-masing mencatat jumlah 63 peratus, 62 peratus dan 58 peratus.

Antara amalan kitar semula di Negara lain

Austria, Jerman dan Belgium mencatat jumlah kitar semula yang terbesar di Eropah pada tahun 2010. Walaupunbegitu beberapa buah negara mencatat peningkatan kadar kitar semula yang

pantas.

Austria

Austria adalah antara Negara yang mengamalkan kitar semula tertinggi. Di Negara ini, ia memerlukan pembekal sesuatu barangan untuk mengambil semula sisa pembungkusan mereka. Hotel-hotel dapat turut sama membantu mengurangkan penghasilan sampah dengan hanya membeli barangan mesra alam sekitar seperti barangfan biodegradasi.

 

Jerman

Jerman sangat mengambil berat isu kitar semula. Di perkarangan pangsapuri, terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis tong kitar semula berwarna iaitu kuning untuk pembungkusan (susu kotak lama), biru untuk kertas atau kadbod, coklat untuk kaca, tong hijau (bio) untuk sisa-sia makanan atau sisa tumbuhan dan tong hitam kepada individu yang tidak mahu mengasingkan sampah mereka. Pengasingan sampah tidak diwajibkan di Jerman, namunbegitu rakyat Jerman telah dididik dan mereka dengan rela hati mengasingkan sampah mereka.

Sweden

Sweden sememangnya terkenal dengan semangat rakyatnya dalam kitar semula. Sampah di Negara ini digunakan untuk mewujudkan haba dan menyumbang elektrik kepada lebih satu perempat dari sejuta buah kediaman. Kadar kitar semula yang tinggi menyebabkan hampir kesemua sampah telah digunapakai dalam proses ini dan tiada lagi sampah yang boleh diproses! Sweden juga telah membantu Negara jirannya, Norway dalam pelupusan sampah. 

Jepun

Jepun mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Undang-Undang Perkakasan Rumah (Home Appliences Law) lebih dari 10 tahun. Ia meletakkan tanggungjawab mengitar semula kepada pengguna dan juga pengeluar barangan. Undang-undang ini mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin melupuskan barangan, dalam erti kata lain bayaran dikenakan kepada orang ramai yang tidak menjalankan kitar semula terhadap barangan tersebut. Jika pengguna ingin menghapuskan perkakasan yang besar, pengguna 

Rom

Rom agak tegas dalam isu kitar semula. Jika penduduk di Negara ini tidak mengasingkan barang yang boleh dikitar semula sebelum melupuskan sampah, mereka boleh dikenakan denda sehingga 619 Euro, lebih-lebih lagi jika tong kitar semula terletak dalam jarak 500 meter dari pintu kediaman.

Sampah-sampah akan dihantar ke pusat pelupusan sampah untuk menjalani pelupusan. Di Malaysia, kadar purata sisa pepejal yang dilupus setiap hari adalah 35,568.71 tan sehari. Jika amalan mengitar semula tidak dipertingkatkan di kalangan masyarakat, jumlah sampah yang dihasilkan oleh takyat Malaysia akan semakin meningkat dan memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan pusat pelupusan sampah yang secara tidak langsung menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dan meningkatkan lagi pencemaran tanah, air dan udara.