Pemanasan global telah menyebabkan berlakunya peningkatan purata suhu dunia terutamanya di kutub utara dan selatan. Selain daripada menyebabkan ais-ais di kutub utara dan selatan cair, pemanasan global juga menyebabkan cuaca yang ekstrem, iaitu peningkatan suhu di lautan. 

Baru-baru, ahli sains telah mendokumentasikan kisah pencarian makanan seekor beruang kutub bersama-sama dengan anaknya. Kisah tersebut telah mengejutkan ahli-ahli sains tersebut apabila mendapati beruang kutub dan anaknya terpaksa berenang selama sembilan hari, berjalan di atas pelantar ais yang baru serta menempuh perjalanan selama hampir 700km hanya untuk mendapatkan makanan.

Beruang kutub merupakan perenang yang cemerlang dan memang terkenal kerana keupayaannya menjelajah jauh untuk mencari makanan. Ahli sains, yang bekerja di Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat, telah menjejaki penjelajahan kedua-dua haiwan tersebut dengan menggunakan alat penjejakan yang dipasang pada badan beruang kutub itu.

Ahli sains itu juga berkata penjelajahan tersebut amat keterlaluan serta menunjukkan bukti kukuh bahawa kadar kecairan ais di kutub utara semakin teruk akibat permanasan global. Kesan ini telah memberi ancaman yang serius kepada kelangsungan hidup beruang kutub. 

Penyelidikan tersebut, yang telah diterbit dalam jurnal Polar Biology, menunjukkan bahawa proses berenang yang terlalu lama memerlukan banyak tenaga dan mungkin boleh mengganggu sistem pembiakan haiwan tersebut.

Penjelajahan tersebut juga telah memberikan padah kepada beruang kutub itu, iaitu selain daripada kehilangan berat badan sebanyak 22% berat badan, ia juga telah kehilangan anaknya yang mati lemas. 

Selamatkanlah masa hadapan beruang kutub dengan mengubah cara kehidupan dan sikap kita!

Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia