Australia Competition & Consumer Commission telah mengisytiharkan penarikan balik bagi beras berjenama Jasmine daripada pasaran. Penarikan balik ini disebabkan oleh kandungan beras ini telah dicemari oleh tatal logam (metal Shaving) yang berbahaya, iaitu boleh mengancam kesihatan sekiranya ditelan.

Produk ini merupakan jenama in-house, yang dibungkus di Thailand. Selain itu, beras ini juga dieksport dan dibungkus di negara pengimport ke dalam bungkusan yang lebih kecil.

Nombor pendaftaran pada bungkusan adalah – EAN NUMBER: 9300633964856

Pengguna dinasihatkan supaya memeriksa beras yang dibeli. Sekiranya mereka menemui beras yang bernombor pendaftaran seperti yang dinyatakan di atas, maka mereka hendaklah melaporkan kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di 03-8885 0600 talian 03-7883 5400 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
1 April 2010